Friday, January 7, 2011

Kisah si berok


Bismillah..Assalamualikum..Allah akhbar!!!

Syukur ya Allah kerana masih lagi diberi peluang mencari modal untuk saham akhirat nanti.

Sahabat2 yang membaca,apa khabar IMAN anda sekalian?Biasalah kita umat akhir zaman imannya ada masa naik ada masa turun tetapi sentiasalah pertingkatkan iman kita ye!!
Susah nak mengekalkan iman sentiasa tinggi ni,sebabnya persekitaran kita tidak mengizinkan. Bila kita hidup dalam persekitaran yang hanya mahu enjoy2 sahaja, segala-galanya kita pandang sebelah mata. Benda baik atau buruk sama saja bagi kita, sebabnya diri kita ini sendiri sudah terbiasa dengan maksiat. Maksiat ada dimana-mana,buka mata pun dah terdedah dengan dosa mana tidaknya melihat aurat rakan kita.Jadi "tepuk dada tanya IMAN".

Peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang' bagi saya dah tak boleh digunapakai. Mana tak nya, takkan kita hidup ini hanya untuk diri kita sendiri. Habis tu,sahabat2 kita,kawan2 kita, ahli keluarga kita, takkan kita nak lepaskan begitu saja. Kita kerja pun untuk sapa,untuk masyarakat jugakan. Kalau la doktor tu tak mahu jaga tepi kain orang,lantak kau la sakit. Sape suruh kau hisap rokok,sapa suruh kau ambil dadah. Satu lagi sapa suruh kau nak beranak,malas aku jaga tepi kain kau,beranak sendiri la.Ha,kalau macam tu la, memang kucar kacir dunia.

Jadi objektif saya tiba2 tak tentu pasal bangkitkan masalah ini adalah kerana ingin memperingatkan diri serta sahabat2 sekalian kita hidup untuk memberi. Tak cukup kalau kita hidup sendiri2. Ada orang kata kubur lain2 bro,kau peduli apa. Ye la berok(bro) tapi kau ingat sape nak angkat jenazah kau nanti nak masuk kubur kau tu. Bukan saya membenci golongan macam ni tetapi rasa tanggungjawab la saya ingin menegur. Semua muslim yakin dan wajib yakin kita akan menghadapi alam akhirat yang mana setiap amalan kita akan dihisab. Tak kira la apa yang kita buat dalam tandas ke, apa yang kita buat dalam bilik sorang2 ke,apa yang kita buat dengan awek kita ke semua akan dihisab.

Sampai satu tahap, kita hilang sikap kasih sayang sebab apa?sebab masing2 nak selamatkan diri dari neraka Allah. Masa tu lah nanti kita mula mengungkit yang 'rumate saya tak pernah pun tegur saya','kenapa dia selamat sedangkan dia yang ajak saya','dia cakap free hair cantik jadi saya malas la nak pakai tudung' dan macam2 lagi la. Kita yang tadi selangkah ke syurga tiba Allah tarik balik kita ke neraka. Nauzubillah lah,minta2 dijauhkan.

Jadi bermula hari ini,mari kita perbetulkan diri dan bermuhasabah. Dari golongan mana kita ni yang alpa atau yang mengabaikan yang alpa. Berfikirlah sesaat sesungguhnya ia lebih baik. Selamat beramal.

p/s: kat tempat aku ada kursus kawen,ramai member2 aku masuk..aku bila lagi?
bagi la peluang kat orang lain dulu..kenyang la aku makan nasi minyak cuti panjang nnt..haha..jangan mara,nnt kena jual....hehehe

Wednesday, January 5, 2011

Kerana aku sayang dia

Assalamualikum..salam 1Islam..hehe..alhamdulillah,masih diberi ruang dan peluang untk hidup dan meneruskan tugas sebagai hamba Allah yang hina.

Ingin menyingkap peristiwa lama yang kini telah menjadi sejarah. Kisah percintaan aku dan dia. Siapa dia?dialah wanita pertama yang aku cinta dan mungkin unruk selamnya. Dia tidak tinggi,separas dengan bahu aku sahaja. Putih berseri wajahnya membuatkan tenang menatap keindahan rupanya. Lembut serta sopan tutur katanya tetapi kadang-kadang terselah ketegasannya bila aku mendukacitakan dia. Tubuhnya berisi sedikit tetapi tidaklah kelihatan begitu gempal,sedang moleklah bagi aku.

Aku jatuh cinta padanya kerana sikapnya yang begitu ambil berat perihal diri aku. Aku lambat makan sedikit pun dia dah mula naik angin,"nanti sakit nanti sape yang susah?", itulah ayat yang sering digunakan. Aku membalasnya dengan senyuman kerana aku tahu itu tanda dalamnya cinta dia pada aku. Biasalah adat pasangan bercinta,seperti 2 dalam 1. Pahit manis kedua-dua turut merasainya. Ada chemistry gitu..hehe

Prestasi aku dalam pelajaran juga banyak bergantung padanya. Dialah tempat aku meluahkan dan melepaskan tekanan,dia jugaklah sumber nasihat yang aku dapat, malah jatuh bangun aku dalam pelajaran juga menjadi sebahagian daripada hidupnya. Aku sangat seronok berkongsi kejayaan aku padanya,senyumannya seperti matahari yang mampu menyeri hidup aku sepanjang hari. Tetapi tatkala aku terkulai layu tidak sanggup aku berdepan dengannya kerana hati ini tak mampu melihat wajah itu merasai kekecewaanku. Cukuplah aku yang menanggung hanya kegembiraan sahaja hadiah aku untuknya. Dia adalah sumber inspirasiku.

Berpeluk cium,berpegangan tangan adat orang bercinta zaman ini. Begitu jugalah dengan aku,aku juga melakukannya. Bukan apa,aku cuma mahu melahirkan dan membuktikan rasa cinta kau padanya. Aku sangat takut dia tidak cinta aku lagi. Tidak kisahlah didepan orang atau di tempat tersorok ke,aku tidak pernah sembunyi rasa cinta aku ini. Lantaklah apa kata orang yang penting kami bahgia.

Tetapi satu hari sedang aku diawang-awangan mengenang detik percintaan kita tiba-tiba kau ingin memninggalkanku. Tetapi kau tak memberitahu kepada secara terus. Kau pergi tanpa sempat aku menciummu buat kali terakhir,memeluk tubuhmu yang sentiasa menghangatkan rasa cinta aku padamu. Kau pergi tanpa sepatah kata,ini membuatkan aku seperti hilang arah.

Dimana cintaku selepas ini,inspirasiku, kepada siapa hendak aku lepaskan rasa cinta ini. Hanya kau yang layak mendapat ciumanku,pelukanku,tiada yang mampu menandingi cintamu. Mengapa kau pergi secepat ini,tidak cukup lagi cintamu yang aku mahukan. Aku sangat sayang,sangat cinta padamu.

Sampai sekarang aku masih merindui kau,dan cinta kita sentiasa dalam ingatan aku kerana kaulah IBUku..

Alfatihah buat my beloved Fadzilah bt Mt tahir..semoga mak tergolong dalam kalangan orang beriman..amiin..

Sunday, January 2, 2011

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Saturday, January 1, 2011

Di sini noktah.Untuk membuka perenggan baru..


Alhamdulillah,syukur pada Tuhan kerana ana masih diberi kesempatan untuk hidup dan terus beramal. Ana juga amat bersyukur apabila nikmat IMAN dan ISLAM itu masih ada pada diri..syukur YA RABB..

Untuk post kali ini,ana ingin bercerita sedikit perihal diri ana,orang disekeliling ana dan teman-teman rapat ana. Atas dasar apa,haruslah IMAN paksinya.

Ana Fakhrullah,seorang yang tinggi dan kurus sahaja. Mungkin bukan menjadi idaman golongan si hawa tetapi cukuplah dengan fizikal ini ana mampu beribadat pada-Nya. Ana tidak bijak seperti rakan-rakan ana tetapi ana akan berusaha untuk menjadi bijak seperti mereka. Ana mudah lupa,sangat mudah lupa,mengapa?ana pun tidak pasti tetapi ana memang mudah lupa. Namun ana akan cuba jadikan lupa itu sebagai kekuatan ana,bagaimana?ana akan lupakan kesalahan orang lain pada ana. Ana tidak mahu berdendam kerana dendam hanya menghitamkan hati ana sahaja.Ana rasa ana penyabar tetapi ana mudah juga terjelepuk ke perangkap syaitan bila di uji,ana rasa ana pemalu tetapi ana tanpa segan silu turut melakukan dosa di depan Allah. Jadi ana rasa,ana tidak perlu bersangka baik dengan diri ana kerana ana mudah leka.

14 tahun ana berkelana meninggalkan kampung halaman,merantau mencari ilmu, pelbagai jenis manusia yang ana kenal. Bukan rupa paras atau harta dunia yang ana bicarakan tetapi sifat mereka yang ana utamakan..Alhamdulillah, ana tidak pernah kecewa dengan mereka walaupun pernah ana dibuli. Memang perit ketika dibuli tetapi bukan salah mereka,ana yang tidak kuat dan tegas. Ana juga beruntung kenalan ana semua pemurah maksud ana sudi membantu ana.Al maklumlah ana bukan orang senang,datang dari golongan peneroka. Ana rela berlapar asalkan tidak menyusahkan keluarga di rumah,sebab ana terasa tanggungjawab ana pada mereka.

Bermula di metrikulasi,ana tenang melihat wajahnya. Ana bukan suka menegur orang tidak tentu pasal,tetapi takdir telah merapatkan ana dengan teman ana dulu,kini dan selamanya. Ana tahu bukan taraf ana untuk mendekatinya tetapi ana teringin mengenalinya. Bila ana mula mengenalinya,ana dapat rasakan kemuliaan dan kemurnian hatinya. Hm,adakah ana perlu bunuh fitrah ini,maksud ana cinta yang tiba-tiba meracuni fikiran ana. Tidak,ana tidak akan bunuh kurniaan Ilahi ini tetapi ana cuba gerakkan pada saluran mengikut syariat. Bagaimana??Ana masih fikirkan....Sampai bila?sampai ana mantap dengan keputusan ana..Bila baru mantap??ketika ana rasa kemanisan dalam ujian Allah itu..Ana juga punya hati,ana tidak nafi kadang-kadang ana terbuai oleh nafsu. Siapaka teman itu??Dia adalah angan-angan ana..

Sampai disini sahaja ya sahabat-sahabat ana,ana mahu berusaha menggapai harapan arwah ibu ana ini. Ana akhiri bicara ini dengan harapan sahabat sedekahkan al-fatihah buat arwah ibu ana. wallahualam...