Wednesday, April 3, 2013

Ibu..

Ibu
Bila aku lihat wajahmu
Jelas aku lihat kepenatanmu
Tapi pantas kau tersenyum
Sembunyikan beratnya amanah kau pikul.

Ibu
Kau selalu berleter dan membebel
Dan aku mula memberontak
Aku jauhkan diri ku daripada mu
Perlahan kau datang kepadaku
Jangan merajuk nak,mak sayang padamu
Sungguh aku terus peluk ibu.

Ibu,
Kau ajari aku
Kau marahi aku untuk jadi rajin
Kau berikan aku latihan bertimbun
Kau paksa aku siapkan homeworkku
Hanya untuk melihat aku berjaya
Sedangkan kau sudah tiada bila aku merasai usahamu.

Ibu,
Pernah kau tanya.
Apa aku mahu beri padamu bila aku sudah kerja,
Kataku apa2 yang ibu mahu,
Tapi kau dah pergi dulu..

Sungguh aku rindu...

Aku pendosa,adakah jalan keluar?

Gelisah,resah,tak tenteram..itulah rasanya diri sebagai pendosa.Siapa yang tak pernah melakukan dosa?Tiada,hanya insan mulia seperti Nabi Muhammad yang Allah kurniakan kemaksuman kepada baginda.

Asingkan aku sebagai pendosa?

Adakah orang lain yang mengeji atas dosa kita suci dari dosa?

Realitinya,semua diantara kita saat ini adalah pendosA.Kita tak mampu melihat dosa,tapi percayalah kita sangat merasainya. Kalaulah dosa itu ibarat jerawat yang timbul di muka kita,mesti kita tak berani nak tunjuk muka. Malu kita pada manusia,muka kita penuh dengan bintik jerawat melambangkan dosa kita.

SYUKURLAH,syukur pada Allah..

Kerana Allah itu sangat mengasihi hambanya dan sedar betapa lemahnya hambanya ini. Dia sembunyikan dosa kita,hanya Dia yang mengetahui. Tak dibuka aib hambanya semahunya,tak dihukum hambanya dengan kekuasaannya. Allah itu sangat mengasihi hambanya walaupun kita sering terusan melakukan dosa.

Kadang-kadang kita ini terlampau keras hati,kedekut akan air mata dan sangat tebal egonya. Aku pendosa perlukah bertaubat sedangkan aku pasti akan mengulangi dosaku ini. Adakah Allah terima taubat aku ni yang sering menolak suruhannya malah mencintai segala larangannya.

Hei,pendosa..Tuhanmu itu bukan seperti teman semaksiatmu,yang ada ketika senang yang hilang ketika susah. Kembalilah kepada Dia,sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang melakukan dosa lau bertaubat kepadanya. Allah sangat menyayangi kita.