Tuesday, September 25, 2012

Doakan aku

Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tuhan yang selalu menimpakan ujian kepada setiap hambanya,yang Kau rasakan layak untuk menerimanya. Telah tertulis dalam kitab dari kalamMu, Engkau takkan menguji selain ujian itu setimpal dengan kemampuan hambamu.
Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dimana setiap ujian yang diberikan menaikkan darjat dari satu peringkat ke satu peringkt yang lebih baik.
‘’Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]’’
Tapi ya Allah,berat benar ujian yang Kau beri pada hambaMu ini,tak terjangkau kudarat mahu menanggung bebanan ini. Puas ku lari tapi cuma memenatkan diri. Puas ku cari jalan penghujungnya tapi masih belum ku temui.
Kadang-kadang terdetik dalam hati ingin aku mengundur diri dari pentas ujianMu yang berliku in tapi aku takut tiada tempat bagiku setelh aku bangkit dari dunia sementara ini.
Putus asa itu sudah ada,kekuatan itu sudah hilang,fikirn pun sudah buntu, tindakan seterusnya sudah tak menentu menandakan aku sudh hilang hala tuju. Puas ku cari ya Allah,dimana Kamu dalam hatiku. Mungkin aku telah jauh meninggalkanMu,sudah terlalu melupakanMu.
Pensyarah sudah membantu,sahabat selalu mengambil tahu tetapi yang menjadi masalahnya adalah AKU. Lelaki ini terlalu rapuh semangatnya,terlalu lemah imannya dan terlalu tinggi egonya. Entah apa yang bermain dikepala,cetek benarkah akalnya,bodoh benar setiap keputusannya.
Mungkinkah ujian ini tersangat berat untuk anak yang menjadi harapan keluarga,yang dikatakan mampu megubah nasib keluarga dan sentiasa ingin membanggakan keluargnya. Tetapi aku pernah melalui jalan yang perit juga sebelum ini,teringat di zaman menengahku,budak ini sering dibuli maklumlah kusut masai. Wang belanja hanya rm25 sebulan,memang berlapar selalu. Yuran akulah yang sering ditanya,bila mahu bayar.Malu itu semestinya. Tapi Alhamdulillah aku tetap keluar dengan keputusan yang baik.
Dimanakah kekuatan aku yang dulu??
Kesusahan dunia itu sudah cukup mentarbiah aku,tapi dimana kekuatan itu?Mungkin aku sudah ketipisan imannya,syaitan sudah mudah mendekati,pujuk rayunya menjadi nasihat peribadi.
Mungkin hanya ada satu jalan keluar,yang aku pasti inilah jalan yang terbaik. Jalan yang insyallah memberi sinar harapan baru.InsyaAllah moga Allah redha..