Assalamualikum,apa khabar sahabat yang membaca?Moga Allah pelihara kesihatan kita dan diberi kekuatan untuk kita melakukakan apa yang Dia suruh dan meninggalkan segala yang dilarang..insyaAllah..
Hai sahabat, hati ini sudah tidak tenteram. Inilah penangan masalah HATI ni,susah nak mencari ubatnya walaupun dah banyak solusi yang dah dibuat. Dalam usia remaja ini, hati membuak-buak untuk dicntai dan mencintai. Sangat-sangat sukar nak menghalang,inilah fitrah kita sebagai manusia mana mampu untuk kita halang kan? Islam pun tak pernah nak menghalang naluri manusia ni tetapi ada syarat2 tertentu yang kita patut jaga agar tak terjerumus ke jurang maksiat.
Kalaulah kita sudah jatuh cinta,rahsiakanlah daripada hati insan yang bertuah itu. Jangan takut untuk menerima kenyataan kalau2 si dia sudah berpunya,yakinlah kalau dia benar Allah ciptakan untukmu pasti tak larilah gunung yang dikejar. Saat inilah Allah nak uji sejauh mana kita benar2 yakin dengan segala ketentuan yang sememangnya telah Allah tetapkan. Atau kita hanya berapi2 berbuih2 bercakap tapi aplikasinya kosong...
Kalaulah kita benar2 sudah yakin,cukuplah kita menyintai dalam diam. Tunggulah sampai saat yang kita rasa kita sudah mampu untuk memilikinya,barulah kita luahkan. Kiranya kita hanya mengikut trend rakan2 yg bercouple,baiklah kita diam2 sahaja. Janganlah kita menzalimi insan yg masih bukan milik kita lgi itu dan walinya yg masih bertanggungjawab atas segala perihal anaknya itu..
Baiklah,sudahlah bersabarlah..jika masih mampu,penuhkan masa yang ada dengan mencari ilmu dahulu..insyaAllah akan hadir seseorang untuk setiap diri kita..percayalah..wassalam
No comments:
Post a Comment