Monday, July 18, 2016

Haiii bro..boleh tolong.....

Dub dap dup dap..Rasa gelisah dan sepanjang malam aku tak tidur. 2tahun aku bercuti rehatkan diri dari jejakkan kaki di sini dan esok aku akan bersama dengan orang yang aku jarang berjumpa , mungkin ada yang tak pernah tahu kwujudan aku. Bagaimana aku nak hadapi hari esok dan hari yang mendatang?Boleh ke aku bergaul dengan mereka yang jauh lebih muda dari aku?Apa tanggapan mereka pada aku?Macam2 tanda soal bermain dalm benak fikiran aku.

Ahhhh,lantak lah..aku hadap je lah..nekad

Hari yang ditunggu telah tiba. Aku dengan selamba masuk ke dewan kuliah walaupun rasa terlalu janggal dan agak malu. Tapi itu bukan soalnya lagi,aku kembali untuk selesaikan urusan yang tertangguh,aku balik dengan semangat baru. Harapan menggunung menanti jauh di sana,tanggungjawab sebagai abang masih perlu aku selesaikan.

Aku perhati keliling,mencari susuk2 yang ak kenal untuk bertegur sapa. Alhamdulillah kebanyakan yang lelaki aku kenal dan mereka kenal aku tapi aku tahu mesti macam2 bermain dalam kepala otak masing2 kenapa senior ni duduk bersama. Biarlah,nanti masa akan jelaskan semua..

Di sebelah perempuan pula,seorang pun aku tak kenal. Aku cuba perhati lagi seorang2..

Kemudian aku terpandang seorang perempuan ni,hitam manis,bercermin mata,agak tinggi juga sedang leka berborak dengan sorang kawan lelakinya. Rasa pernah lihat..tapi di mana ye..

"PULP CHAMBER!!!"

Eh,minah saleh mane tiba2 jawab pulp chamber ni..bunyi accent London. Oh,that girl..confidentnya dia. Aku perhati dia balik. Hmm..boleh tahan juga dia ni.Tapi biarlah dulu,kenal pun tidak dan entah2 mamat yang berborak dengan dia tadi pakwe dia.

Alhamdulillah,hari pertama walau agak janggal dan rasa terasing tapi aku berjaya hadapi dengan baik.

Esoknya kami di bahagikan dengan beberapa group.Dek kerana aku senior dan no matrik aku nampak tua jadi aku dicampak masuk ke kumpulan 1. Sorang pun aku tak kenal ahli kumpulan aku,dan aku satu2nya lelaki melayu.

Kelas pertama adalah dalam kumpulan. Jadi masa ini lah aku nak berkenalan dengan ahli2 kumpulan aku. Ehhhhhhhh..minah ni dalam kumpulan aku..Rasa nak tegur tapi malu,so ak senyap je lah. Ada yang tegur aku,aku jawab ala kadar je. Bukan sombong tapi masih segan dan janggal.Tapi mata aku asyik perhatikan minah tu..siapa namanya?

Bersambung......

Aku kembali...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku kembali,setahun lebih blog ni sunyi. Tiba2 tadi termimpi,so buka balik cari balik sumber inspirasi ,

Ehhhh2,macam lagu plak semua akhir dengan iiii..


Lebih 6 tahun dah berlalu lepas mula2 buka blog ni,keadaan masih sama. Aku masih bersyukur dengan keadaan sekarang. Ujian sudah menjadi kebiasaan malah dah menjadi sumber kekuatan.


Tiada apa yang nak ditulis,sekadar pengubat rindu....

bye.....

Thursday, September 18, 2014

rumah tak bertangga

bro,best ke couple?

mesti lah best. hang bayangkan,tiap masa ada orang tanya pasai kita. ada yang concern makan ka,sihat ka dan macam2. macam laki bini ja,cuma nafkah tu ja yang xboleh bagi lagi.hehehe

ooo..hang bapa lama dah couple?

lama jugak la,setahun.

aik,aku kenal hang lama dah takkan baru setahun hang kapel?aku rasa lama dah..

haha..hang tengok aku ni,segak,sado ..yang skang ni yang keberapa dah aku pun tak ingat..hebat tak aku

amboi,hang..kenapa hang tukar?hang kata dialah yang hang paling sayang?tapi last2 hang putus cari lain n lain n lain..hahah

memang la bro..ak kadang2 bosan ngan orang yang sama ja. Kadang kena tukar angin. aku nampak ada yang lebih baik n cun,apa salahnya kan..hahahha

haha..tak salah hang kata?habis tu bila hang nak kawin?

insyaALLAH yang skang ni mungkin tahun depan..nak hang datang,aku nak hang jadi pengapit aku,n aku boleh kenalkan ngan kawan2 pempuan aku yang cun2 kat hang..hang pun aku tengok macam lonely je..

haha..terima ksih jelah..tapi aku nak tanya skali lagi kat hang,betui hang nak kawen tahun depan?bukan apa,kalau nanti hang jumpa awek 10x lagi cun dari bini hang macam mana?hang kata hang cepat bosan tapi hang tak tahu ka yang hang akan hidup ngan bini hang sampai akhir hayat hang?

ermmm..tak pasti..

eh eh..hang kna pastikan, hang nak kena jaga anak dara orang pasni. tanggungjawab hang besar,dosa bini hang hang tanggung,nafkah segalanya kalau hang tak bagi berdosa besar hang tau..

ermm..aku tak terpikir lagi lap pasal tu..

haa..tak pa la,aku nak peringat kat hang ja..nak bina masjid ni mudah ja,tapi nak penuhkan masjid bapa kerat je kalau hang tengok,penuh masa jumaat ja..lama2,masjid kena makan dek anai2 n runtuh bedebuk atas hang..

woi,asal atas aku plak..aku mana rajin g masjid..haha

haha..itu analogi aku ja..kita nak buat sesuatu kena rancang baik2,baru jadi n tahan lama..mesti hang duk pikir,macam mana la hang berubah sebelum hang kawen ni kan?aku tahu ubat utk hang..hang nak tau x

nak2..

hang kena ngaji ilmu agama la,p masjid selalu..buat segala perkara fardu n tingggal segala yang Tuhan larang..kalau staka kursus kawen 2 hari tu,hang jangan harap hang dapat bnyak sangat la..aku bagi tahu hang ni bukan nak perlecehkan hang,aku kawan hang,n aku dah dengar ramai kawan2 yang gagal dalam rumah tangga ni..nanti dapat anak,kesian kat anak2 hang..boleh ka..hang jangan berasa hati ngan aku na..

tima kaseh la kawan..baru aku seda,payah rupanya kawen ni..aku duk pikir yang sdap2 ja..haha

bereh..

Thursday, September 4, 2014

KERASKAN HATIMU MANUSIA....

Keras hati bukannya keras dengan blutan dosa tapi keraskan hati dengan ujian yang bertimpa-timpa. Tak semudah yang disangka,perlu usaha tawakal dan doa berterusan.

Hati yang lemah adalah hasil perbuatan maksiat yang berterusan. Bila diri sentiasa bergelumang dengan kemaksiatan,sifat terlalu rendah diri sehingga menjauhkan diri masyarakat.Dalam setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati.Muhasabah dan sentiasalah berfikir jalan perbetulkan diri agar kita sentiasa dalam keadaan bersedia.

Kekuatan hati sama juga seperti kekutan tubuh badan. PErlu sentiasa bersenam untuk meningkatkan oto2 pada badan. Begitu juga hati,perlu diisi dengan senaman rohani seperti amal ibadat,bersolat, bersedekah,membantu sesama manusia atau secara amnya melakUkan segala yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang diarangnya.

Semoga hati kita semakin kuat dan mampu menghadapi segala cabaran dengan Lebih sabar dan tabah.INSYAAALAH.

Thursday, June 20, 2013

Testing..ujian..exam..

Berat rasanya ujian itu,tapi hakikatnya mungkin ujian yang diterima oleh orang lain lagi berat. Ujian Allah kepada hambanya itu berbeza2,brgantung pada tahap imannya. Makin berat ujian,makin tinggi darjatnya. Itu hipothesis dan telah terbukti tertulis dalam Al-Quran.

Ujian itu bukan sahaja datang dalam keadaan kesusahan malah kesenangan juga adalah ujian. Ujian susah itu adalah sabar manakala ujian senang itu adalah syukur. Banyak orang yang sabar tapi tak ramai yg bersyukur.

Kadang2 masalah itu harus dikongsi dan kadang2 biar kita sendiri yang selesaikannya sendiri. Bukan semua masalah itu boleh dibantu tapi sebenarnya diri sendirilah yang harus pikir dan cari jalan penyelesaiaannya sendiri. Orang lain tak pernah berada ditempat kita,mereka ada perjalanan hidup mereka sendiri. Pengalaman mereka mungkin berbeza jadi pikiran mereka juga mungkin berbeza.

Walaubagaimanapun,sebesar mana ujian Allah bagi pada kita terimalah dengan redha. Bersangka baiklah,itu sememangnya jalan hidup kita maka bersabarlah dan teruskan kehidupan.

Wednesday, May 29, 2013

Cermat kamu,ego pendosa..

Cermat dalam berdakwah versus cepat mahu hasil dakwah. Dua pendekatan yang ketara perbezaannya,walaupun matlamat akhirnya adalah sama.

Wahai sang pendakwah,gopohnya kamu mahu kemana?Adakah kamu sudah tahu riwayat akhir hidup mereka,sehingga tiada tolak ansur dalam meluruskan hati yang bengkok. Jangan kau paksa dengan kekuatan kamu,risau hati tak sempat lurus tapi patah terus tak boleh di cantum.

Jangan kamu fikir semua targetmu sekental kamu,yang riwayat kukuh di tarbiyah penghasil benih yang mantap. Yang lahirmu di azan,kemunculanmu membuat insan lain bersujud syukur, yang hadirmu memancar keinginan penerus kesinambungan murabbi. Riwayat mereka mungkin berbeza. Lahirnya mereka mungkin sekadar atas keinginan nafsu,yang disambut dengan kebimbangan,tak diazan mahupun disyukuri malah rasa terbeban kerana hadirnya sekadar penyulit kehidupan masa hadapan.

Wahai pendakwah,kerasnya cara kamu. Seolah-olah hanya 2 jalan untuk kami2 insan tersesat. Kembali ke pangkal jalan atau terus sesat. Tiadakah harapan dalam kegelapn hati kami,berilah sedikit..

Siapa tak mahu jadi baik.siapa??

Kami bukan tak mahu berubah tapi kami takut dan cemas dengan ugutan dan amaran kamu yg menggunakan dalil dan hadis. Kami sedar kami tidak tahu seperti kamu,maka janganlah kamu terus-terusan mahu kami satu saf bersama kamu. Kami mahu kamu pimpin kami,dan walaupun nanti kami tak dapat sampai destinasi seperti kamu tapi kami harap usaha kami dapat menjadi bekalan kami nanti..

Cermat kamu melemahkan ego pendosa,cepatnya urusan kamu membuat kami terus2an mahu menentang kebaikan yang kamu ajar kepada kami..

Dan akhir kata,kami memberi kemenangan kepada sang cermat..tahniah..

Wednesday, April 3, 2013

Ibu..

Ibu
Bila aku lihat wajahmu
Jelas aku lihat kepenatanmu
Tapi pantas kau tersenyum
Sembunyikan beratnya amanah kau pikul.

Ibu
Kau selalu berleter dan membebel
Dan aku mula memberontak
Aku jauhkan diri ku daripada mu
Perlahan kau datang kepadaku
Jangan merajuk nak,mak sayang padamu
Sungguh aku terus peluk ibu.

Ibu,
Kau ajari aku
Kau marahi aku untuk jadi rajin
Kau berikan aku latihan bertimbun
Kau paksa aku siapkan homeworkku
Hanya untuk melihat aku berjaya
Sedangkan kau sudah tiada bila aku merasai usahamu.

Ibu,
Pernah kau tanya.
Apa aku mahu beri padamu bila aku sudah kerja,
Kataku apa2 yang ibu mahu,
Tapi kau dah pergi dulu..

Sungguh aku rindu...