Monday, July 18, 2016

Haiii bro..boleh tolong.....

Dub dap dup dap..Rasa gelisah dan sepanjang malam aku tak tidur. 2tahun aku bercuti rehatkan diri dari jejakkan kaki di sini dan esok aku akan bersama dengan orang yang aku jarang berjumpa , mungkin ada yang tak pernah tahu kwujudan aku. Bagaimana aku nak hadapi hari esok dan hari yang mendatang?Boleh ke aku bergaul dengan mereka yang jauh lebih muda dari aku?Apa tanggapan mereka pada aku?Macam2 tanda soal bermain dalm benak fikiran aku.

Ahhhh,lantak lah..aku hadap je lah..nekad

Hari yang ditunggu telah tiba. Aku dengan selamba masuk ke dewan kuliah walaupun rasa terlalu janggal dan agak malu. Tapi itu bukan soalnya lagi,aku kembali untuk selesaikan urusan yang tertangguh,aku balik dengan semangat baru. Harapan menggunung menanti jauh di sana,tanggungjawab sebagai abang masih perlu aku selesaikan.

Aku perhati keliling,mencari susuk2 yang ak kenal untuk bertegur sapa. Alhamdulillah kebanyakan yang lelaki aku kenal dan mereka kenal aku tapi aku tahu mesti macam2 bermain dalam kepala otak masing2 kenapa senior ni duduk bersama. Biarlah,nanti masa akan jelaskan semua..

Di sebelah perempuan pula,seorang pun aku tak kenal. Aku cuba perhati lagi seorang2..

Kemudian aku terpandang seorang perempuan ni,hitam manis,bercermin mata,agak tinggi juga sedang leka berborak dengan sorang kawan lelakinya. Rasa pernah lihat..tapi di mana ye..

"PULP CHAMBER!!!"

Eh,minah saleh mane tiba2 jawab pulp chamber ni..bunyi accent London. Oh,that girl..confidentnya dia. Aku perhati dia balik. Hmm..boleh tahan juga dia ni.Tapi biarlah dulu,kenal pun tidak dan entah2 mamat yang berborak dengan dia tadi pakwe dia.

Alhamdulillah,hari pertama walau agak janggal dan rasa terasing tapi aku berjaya hadapi dengan baik.

Esoknya kami di bahagikan dengan beberapa group.Dek kerana aku senior dan no matrik aku nampak tua jadi aku dicampak masuk ke kumpulan 1. Sorang pun aku tak kenal ahli kumpulan aku,dan aku satu2nya lelaki melayu.

Kelas pertama adalah dalam kumpulan. Jadi masa ini lah aku nak berkenalan dengan ahli2 kumpulan aku. Ehhhhhhhh..minah ni dalam kumpulan aku..Rasa nak tegur tapi malu,so ak senyap je lah. Ada yang tegur aku,aku jawab ala kadar je. Bukan sombong tapi masih segan dan janggal.Tapi mata aku asyik perhatikan minah tu..siapa namanya?

Bersambung......

Aku kembali...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku kembali,setahun lebih blog ni sunyi. Tiba2 tadi termimpi,so buka balik cari balik sumber inspirasi ,

Ehhhh2,macam lagu plak semua akhir dengan iiii..


Lebih 6 tahun dah berlalu lepas mula2 buka blog ni,keadaan masih sama. Aku masih bersyukur dengan keadaan sekarang. Ujian sudah menjadi kebiasaan malah dah menjadi sumber kekuatan.


Tiada apa yang nak ditulis,sekadar pengubat rindu....

bye.....