Thursday, December 23, 2010

:: siapa aku di depan Tuhan ku ::


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zuhurnya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Tuesday, December 21, 2010

Filem CINTA(Renungan)



Assalamualaikum dan salam ziarah sahabat2ku yang sentiasa dibawah redha ALLAH..

Bila hati sudah terpaut,bait-bait cinta mula berputik. Sesaat dirasakan sehari,seminit dirasaka setahun tanpa insan yang dicintai. Makan kini tidak kenyang seperti dahulu,mandi tidak lagi mampu menyegarkan badan yang lesu dan tidur tidak lagi seenak selalu. Ohhh,inilah penangan CINTA.

Apabila cinta mulai mekar,hati sentiasa berbunga-bunga,dunia sekarang hanya milik mereka berdua. Ibu bapa bukan lagi yang utama,adik beradik jauh dari pandangan rindu,sahabat-sahabat kini hanya kerlingan mata. Kini bukan manusia menjadi teman rapat meraka tetapi hanset tempat mereka meluah rasa cinta dan rindu. Tanpa hanset hidup dirasakan tidak sempurna.

Apabila cinta sudah berbunga indah,hati mula berasa inginkan belaian,rindu kini terlalu memuncak, hanya si dia yang bermain dalam fikiran. Di sini mulalah satu keinginan yang menjadi impian uda dan dara,topik perkahwinan mula dibangkitkan. Aku kau bukan lagi panggilan, umi dan papa,bb dan sayang, abang dan sayang dirasa lmampu bukti tahap kerinduan. Mulalah topik perbualan,kini bilangan anak pula di bincangkan.
Ah, terlupa sebelum itu dimana tempat kita akan berbulan madu? Wah, seronok gerangan hati si teruna bila dutrakan soalan sebegitu oleh si dara. Sudah pasti fikiran mereka kearah yang satu,jijik.

Kini sudah hilang hijab antara mereka,segal-galanya dikongsi bersama. Zahir dan batin milik kita berdua,jom kita kongsi rasa cinta ini. Si teruna mula mengatur pertemuan,si dara tersenyum hati gembira. Kini baru rasa cinta mereka boleh di zahirkan. Dan akhirnya cinta yang dulu sudah berbunga mekar kini sudah berbuah ranum. Nasib baik seks selamat yang kami cuba detis hati uda dan dara.

Alhamdulillah kini impian yang dicipta sudah tertunai, gerbang cinta sudah mereka terjahi. oh, kini mereka sudah di nodai nafsu..pertemuan yang pertama bukan yang terakhir, rasa cinta mesti di buktikan selalu jika tak mau luput di mamah waktu.
Ah, girang hati uda dan dara...BEGINILAH BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH CINTA...

Pengarah: Nafsu
Penerbit: Syaitan
Pelakon: Uda dan Dara

Thursday, December 16, 2010

Akhirnya siap "partial denture"ku

Pada tanggal 16/12/2010 aku akhirnya berjaya menyiapkan tugasan gigi palsuku..ia bukan calang2 tugasan,kerana hanya kesistensi dan kosentrasi yang cukup baru boleh siapkan gigi palsu ini..huhhhu






Tuesday, December 14, 2010

7 AYAT-AYAT CINTA





Sabda Rasulullah S.A.W, "barangsiapa yg menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini, akan dimuliakan oleh Allah dan para malaikat dan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan".



1) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

stp kali hendak membuat sesuatu



2) ALHAMDULILLAH

tiap kali selesai melakukan sesuayi



3) ASTAGHFIRULLAH

jika tersilap melakukan sesuatu



4) INSYAALLAH

jika ingin melakukan sesuatu pd masa akan datang.



5) LAHAULAWALAQUWWATAILLABILLAH

apabila xdpt melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.



6) INNALILLAH

jika menghadapi musibah atau melihat kematian



7) LAILAAHAILLALLAH

bacalah spjg mlm dan siang sebanyak2nya..



amalkanlah selalu. moga2 kita tergolong dlm kalangan org yg terpilih oleh Allah. InsyaALLAH..amin~



Sebarkan..ILMU ALLAH ITU LUAS.



Sabda Rasullullah, "siapa yg menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada".

Milik siapakah diriku ini??..Milik Allah:)

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita


Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Panduan Memilih Isteri..




"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.



Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.



Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.



Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.



Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'

Cerite untuk di kongsi...


Kenapa awek tak nak dengan aku?


Zarif : Dengar cerita dah nak fly?



Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.



Zarif : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…



Hafiz : Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…



Zarif : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?



Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.



Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?



Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?



Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.



Hafiz : Lagi?



Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?



Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…



Hafiz : Hmmmmm…



Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…



Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.



Zarif : Wow cerita sikit…



Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.



Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.



Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.



Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.



Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.



Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.



Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.



Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?



Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.



Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam



Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

p/s: Bila sampai masa,aku pun akan ke rumah bakal isteriku..menunggu jawapan dari mulutnya sendiri serta bersaksikan walinya..ya atau tidak aku redha kerana jodohku milik Allah..

Saturday, December 11, 2010

Sekadar Meneruskan Bicara...


Assalamualikum sahabat2 yang saya kasihi sekalian..

Hari ini masih seperti dahulu.khabar berita dari seorang teman masih tidak kunjung tiba. Terasa sebak di hati,kehilangan teman yang sangat baik dan perihatin. Namun, aku tidak boleh berputus asa,aku harus menebus segala kesalahan aku kepada taman yang budiman itu.

Adakah kau sihat?Bagaimana dengan keputusan peperiksaanmu? Bagaimana dengan projek yang kau sedang jalankan sekarang? Ya Allah,persoalan itu bermain-main di benak fikiranku. Manakan tidak,kau yang kukenali tersangat baik tetapi aku yang sering menyalahkanmu. Tidak sedikitpun aku berniat untuk menyakitkan hatimu,jauh di sudut hatiku hanya ingin kau tersenyum tanpa sebarang keresahan.

Berikanlah aku pengajaran yang aku tidak akan lupakan,asalkan kau sudi memberi aku peluang menebus kesilapan da keterlanjuran temanmu ini....

Friday, December 10, 2010

Maafkan aku, teman….


Maafkan aku, teman….

Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, teman…
Kerana ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu

Maafkan temanmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Kerana inilah temanmu
Hanyalah manusia lemah yang penuh khilaf

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman yang selalu ada di sampingmu
Kerana sekali lagi inilah temanmu
Yang penuh dengan kelalaian

Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas

Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena

Teman, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna
Aku tahu aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tahu aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tahu aku tak bisa terus berada di sampingmu

Aku berharap pada RABB yang Maha Sempurna
Aku bergantung pada RABB yang Maha Agung
Kelak aku akan bertambah kuat
Kerana aku telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus

ALLAH yang akan Menguatkanku
ALLAH yang akan Menyokongku
ALLAH yang akan Membantuku
ALLAH yang akan Berada di sampingku
ALLAH yang akan Menjamin hidupku

Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak menzalimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan

Teman…
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
BERIKANLAH AKU PELUANG UNTUK BERUBAH..

Thursday, December 9, 2010

Berikan Aku Ruang Untuk Berubah..


Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada sahabat2 yang sudi membaca blog saya yang x seberapa ini. InsyaAllah topik yang akan saya bawakan hari ini ialah tentang hijrah iaitu perubahan dari yang buruk kepada yang lebih baik.

Dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini,kadang2 kita mampu tersenyum apabila berada di puncak dan kadang2 kita tersungkur kelayuan apabila berada da bawah. Pada saat inilah Allah ingin menguji setakat mana kesabaran kita menempuhi liku2 kehidupan sebagai seorang hamba yang beriman. Adakah kita hanya berdoa tetapi tidak sekali berusaha mengubah nasib kita?

Berbalik kepada kehidupan saya ketika ini,hati saya minda saya dalam keadaan yang sangat kritikal. Hanya menunggu masa untuk tersungkur ke tanah dan tidak mampu untuk bangkit kembali. Tetapi hati ini tetap inginkan perubahan. Apakah ada masa dan ruang lagi untuk aku mengubah nasib diri ini?

Berikan aku ruang,berikan aku peluang membetulkan kekhilafan diri. Hati mana tidak sunyi dari melakukan kesilapan, diri mana yang tidak serik melakukan dosa. Kerana aku hanya insab biasa.

Kepada temanku yang sering bersamaku,aku memohon agar kau berikan aku peluang untuk aku memperbaiki diri. Diri ini terasa yang kali ini kau benar2 serius dengan keputusan yang telah kau buat. Berikan aku sedikit ruang untuk memperbaiki kelemahan yang akau miliki selama ini. Andai aku dahulunya adalah paku yang sering meninggalkan kesan hodoh dihati mu,yamg hampir merobohkan kepercayaan mu kepadaku.
kini bagilah aku peluang menjadi paku untuk memperbaiki kembali hati mu yamg nampak suram dihimpit kesedihan atas perbuatan aku. Maafkan aku,maafkan aku, maafkan aku wahai teman.

KERANA KAU SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DALAM HIDUPKU...

Wednesday, December 8, 2010

Apa aku bisa....??

Kepada ..... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernamaMuhamad Fakhrullah bin Tajuddin menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya masih belajar. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap mencapai cita-cita saya. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

Oh My God,I did it again...


Selawat dan salam untuk junjungan nabi Muhamad S.A.W..assalamualaikum dan salam menyambut maal hijrah 1432..

Pagi yang hening ini sungguh sunyi tetapi hati aku terlalu sibuk memikirkan sesuatu. Sesuatu perbuatan yang aku telah lakukan yang mengguris hati seorang teman yang tersangat baik. Sesungguhnya aku tidak sengaja wahai teman untuk mengguriskan hati mu. Waktu ini hati dan fikiran aku sangat bercelaru memikirkan masalah yang tak pernah berhenti menerjah diri aku ni..

Namun aku sentiasa berdoa agar Allah memberi jalan keluar dari masalah2 ini dan aku juga berharap Allah akan membuka hatimu untuk maafkan kekhilafan dari segi tutur kata ataupun layanan yang kasar aku berikan padamu teman. Saat kau terguris hati dengan perlakuaan aku pun kau masih sempat memberi nasihat walaupun aku tahu saat itu masih ada perasaan marah dan kecil hati kau terhadap perbuatan aku.

Buat diriku ini,redhalah Muhamad Fakhrullah dengan pemergian ibumu. Janganlah kehilangan ini membawa bersana semangat yang telah mak pupuk dari kecil lagi. Mak pergi, abah pun akan pergi malah fakhrullah pun akan pergi sesiapa yang hidup akan pergi..jadi janganlah diri ini terlalu tangisi pemergian mak yang sungguh mulia itu.

Akhir bicara..buat seorang teman yang sangat baik hati dan pemurah dengan nasihat, aku yang seing menyakiti hati mu ingin benar2 memohon kemaafan atas kekhilafan yang aku telah buat. Sesungguhnya ake sememangnya tidak sengaja.