Wednesday, November 30, 2011

Jangan pandang aku sebagai PENDOSA

Assalamualaikum..

Ana xmahu berperangsaka buruk tapi ana dapat merasakannya..kesilapan, kekhilafan dan dosa ana dulu,dibalas dengan pandangan menyerong..pandangan menyerong??mereka tak memandang tapi sekadar menjeling.

Ana tahu,ana sedar betapa rendahnya martabat ana dihadapan sahabat2 semua,ana x pernah mintak untuk dijulang2..Ana sedar,ilmu ana,komitmen ana x sehebat sahabat2 semua tapi ana sedang cuba selesaikan..

YA,ana mengaku ana bukanlah sebaik yang sahabat2 sangka..ana yang terjahat dalam kalangan kumpulan kita..sudah banyak keputusan yang salah ana telah lakukan,pelbagai syariat telah ana langgar..ana mungkin duri dalam daging dalam perjuangan kita..

Bagaimana ana mahu cari jalan memperbaiki serta menguatkan saf perjuangan kita bila sahabat menutup pintu itu..ana sedar kesilapan lalu,kesilpan yang mengaibkan diri dan maruah ana.Tetapi jangan pandang ana sebagai PENDOSA..

Hai sahabat,ana cinta dan sayang kamu kerana Allah tapi maafkan ana kerana tak mampu mempertontonkannya. mungkin PENDOSA ini x layak bersama PEJUANG itu..

TETAPI INGATLAH,ANA TERUS DALAM PERJUANGAN INI WALAUPUN MARUAH ANA DIPIJAK,KESILAPAN ANA DIJAJA ATAUPUN DIRI ANA DIBUANG DALAM TONG SAMPAH..ANA BERJUANG BUKAN UNTUK MRNGHARAP BUDI BAIK SAHABT SEKALIAN TETAPI,HANYA MENGHARAP SEMANGAT INI MENDAPAT REDHA ALLAH SEMATA-MATA..

Sekali lagi ana ulangi,ana cintakan sahabat2 kerana Allah..

wallahualam..

Sunday, November 27, 2011

Tidak semudah 'true' or 'false'...

"Kadang2 bila kita bosan dengan sebuah kehidupan,kita akan cuba mencuba sesuatu yang baru bagi menikmati kepuasan yg sebentar. Kemudian kita tersedar,dan ingin kembali ke jalan yang membosankan tadi kerana kita yakin jalan itu lebih senang dan tenang.Tapi nasi yang sudah ditanak tak akan menjadi beras kembali. Hakikat dalam membuat keputusan dan penilaian itu nampak mudah namun impaknya amat terkesan"

Kehidupan yang kita jalani kadang2 terasa bosan kerana dikelilingi oleh insan2 yang sama. Dalam kebosanan itulah terdetik untuk membuka jalan baru,tapi penilaiannya singkat dan dangkal. Kepuasan yang dikejar beroleh sebentar,dan kemudian jalan lama juga yang dirindukan.

Dalam membuat keputusan,kita lebih mementingkan kesenangan dan lebih kepada straight to the point. Sebagai contoh dalam ibadah harian,antara solat jemaah vs solat bersendirian. Mmeandangkan solat sendirian lebih tidak terikat,boleh dilakukan bila2 masa,duration nya juga kita boleh lakukan mengikut kemahuan diri,mahu lama atau express,jadi kebanyakan kita akan memilihnya. Namun, jika kita fahami dan hayati apa yang Allah tinggalkan hikmah disebalik kesusahan solat berjemaah,kita adalah orang yang teramat rugi.

Begitulah daif dan ceteknya kita dalam membuat keputusan. Dan itulah kita bila segala2nya dipengaruhi nafsu semata2. Kalau iman jadi pemandu arahnya,pasti jalan yang susah juga tetap dipilih. InsyaAllah..tiada siapa yang sempurna,dan Allah tidak mengharap kita menjadi sempurna tapi apakah usaha kita untuk menyempurnakan diri kita..wallahualam

Thursday, November 10, 2011

kahwin muda vs masih single..

Assalamualaikum sahabat2 yg ana sgt cintai..

Ana dalam mood sahabat ana kawen,masih muda tp Allah sudah temukan jodoh mereka lebih awal dari ana dan mungkin sahabt2 yg lain. Ana dengar banyak pendapat yg baik mahupun sebaliknya mengenai kahwin awal ni. Semua berhak meluahkan pandangan masing2 dan ana sendiri ada juga begitu.



Pertamanya,sebelum ana mengulas panjang mengenai kisah cintan cintun ini ana ingin mengajak sahabat2 semua berzikir dan berselawat dalam setiap hari dalam hidup kita. Sedalam manapun cinta kita pada manusia, lebih dalam lagi cinta kita pada yg Maha Esa dan Nabi Muhammad Nabi junjungan kita..

Baiklah,ana tidak menolak kahwin usia muda banyak kelebihannya namun ana juga sedikitpun tidak menuduh siapa yg masih single walaupun usia sudah meningkat adalah rugi.Ana juga sebenar2nya teringin juga berkahwin diusia muda tp Allah tangguhkan hasrat ana. Dan sekarang ana masih kekal single dan available..hehe

Ana teringat sebuah cerita,Suatu hari dalam pelajaran Biologi di sebuah sekolah, seorang guru mengajar tentang bagaimana proses ulat berubah menjadi kupu-kupu yang cantik.


Untuk memberi gambaran langsung dari penjelasan yang akan dia berikan, guru Biologi ini membawa kepompong gemuk yang siap merekah.

Di tengah pelajaran, saat si kepompong belum bereaksi, sang guru mendapat panggilan untuk keluar kelas sejenak.
Sebelum pergi, dia berpesan kepada para murid di kelas itu agar tidak mengganggu dan membantu apa pun yang terjadi pada kepompong itu.

Sejenak kemudian kepompong mulai bergerak-gerak, anak-anak pun berkumpul dekat dengannya.
Sebagian besar dari mereka belum pernah melihat kupu-kupu keluar dari kepompong, sehingga mereka sangat teruja.

Ketika hujungnya telah keluar sedikit, kupu-kupu itu nampak begitu kesulitan untuk keluar.
Badannya menggeliat-geliat terus menerus tanpa menunjukkan hasil yang berarti.
Hujung sayapnya telah terlihat, namun tidak juga boleh keluar sepenuhnya.
Kupu-kupu itu terus berusaha.

Seorang anak berseru, “dia pasti kesakitan!”

Teman-temannya menyahut tanda setuju, namun tidak ada yang bergerak karena ingat pesan guru Biologi itu.
Segera anak yang berseru tadi segera maju, dan terdorong rasa kasihan dia mulai membantu kupu-kupu itu keluar dengan menyobek sedikit demi sedikit kepompong pembungkusnya.
Akhirnya si kupu pun keluar dengan mudah dan nampak mengepak-ngepak lemah.

Anak-anak kembali ke tempat duduknya dan beberapa saat kemudian guru Biologi itu kembali.
Melihat kupu-kupu itu di meja dan bertanya kepada kelas tersebut, siapa yang telah membantu kupu-kupu itu keluar.
Anak tadi mengangkat tangannya dan mengaku.

“Baiklah.. sekarang kupu-kupu itu tidak akan bisa terbang selamanya”, jawab guru itu sambil tersenyum sabar.

Kemudian dia menjelaskan, perjuangan keras kupu-kupu itu saat keluar dari kepompong justru menguatkan sayap-sayapnya sehingga dia bisa terbang saat sudah bebas nanti.

Membantunya keluar dari kepompong memang membuat kupu-kupu itu keluar lebih mudah, namun setelah itu dia tidak bisa ke mana-mana karana tidak mampu menggerakkan sayapnya.

Mari kita lihat iktibar dari cerita ini, berkahwin awal mungkin baik bagi segolongan antara kita tp bukan semua. Kita tidak boleh memaksa untuk melakukan sesuatu pada bukan masanya yg betul. Apabila kita cuba juga, pasti ada kesulitannya. Bermakna kepada siapa yg masih single,bukan bermakna diri kita tidak laku tetapi Allah ingin menyediakan diri kita lebih mantap dan pada masa yg sama Allah sedang menyediakan kita pasangan yg special.



Jadi , janganlah mengeluh atas nasib diri kita. Yakin3x, cepat atau lambat pasti ada hikmahnya. Apa yg ana tulis ini bukan untuk saja2 menyedapkan hati ana tapi kerana ana yakin Allah sedang menyiapkan diri ana dan seorang yg special untuk ana. Sahabat pun samala!!!!

Ana tidak lah ahlinya untuk mengupas hal ini tp ana mempunyai pandangan ana sendiri. Mungkin ada yg tidak bersetuju, ana hormati pandangan sahabat2..setakat ini sajalah yg ana mampu luahkan,jom2!!!perbaiki diri..teringat kata2 jiwang..wanita yg baik itu harus dekat dengan Allah agar si lelaki perlu mencari Allah untuk mendapatkannya..wallahualam...

Saturday, October 22, 2011

Masalah HATI..

Assalamualikum,apa khabar sahabat yang membaca?Moga Allah pelihara kesihatan kita dan diberi kekuatan untuk kita melakukakan apa yang Dia suruh dan meninggalkan segala yang dilarang..insyaAllah..

Hai sahabat, hati ini sudah tidak tenteram. Inilah penangan masalah HATI ni,susah nak mencari ubatnya walaupun dah banyak solusi yang dah dibuat. Dalam usia remaja ini, hati membuak-buak untuk dicntai dan mencintai. Sangat-sangat sukar nak menghalang,inilah fitrah kita sebagai manusia mana mampu untuk kita halang kan? Islam pun tak pernah nak menghalang naluri manusia ni tetapi ada syarat2 tertentu yang kita patut jaga agar tak terjerumus ke jurang maksiat.

Kalaulah kita sudah jatuh cinta,rahsiakanlah daripada hati insan yang bertuah itu. Jangan takut untuk menerima kenyataan kalau2 si dia sudah berpunya,yakinlah kalau dia benar Allah ciptakan untukmu pasti tak larilah gunung yang dikejar. Saat inilah Allah nak uji sejauh mana kita benar2 yakin dengan segala ketentuan yang sememangnya telah Allah tetapkan. Atau kita hanya berapi2 berbuih2 bercakap tapi aplikasinya kosong...

Kalaulah kita benar2 sudah yakin,cukuplah kita menyintai dalam diam. Tunggulah sampai saat yang kita rasa kita sudah mampu untuk memilikinya,barulah kita luahkan. Kiranya kita hanya mengikut trend rakan2 yg bercouple,baiklah kita diam2 sahaja. Janganlah kita menzalimi insan yg masih bukan milik kita lgi itu dan walinya yg masih bertanggungjawab atas segala perihal anaknya itu..

Baiklah,sudahlah bersabarlah..jika masih mampu,penuhkan masa yang ada dengan mencari ilmu dahulu..insyaAllah akan hadir seseorang untuk setiap diri kita..percayalah..wassalam

Sunday, October 2, 2011

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.

Thursday, August 11, 2011

Ku Pinangmu Dengan BISMILLAH..



Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Apabila ujian disilihgantikan dengan NIKMAT




Subhanallah..alhamdulillah..syukur pd Dia kerana masih diberi peluang untk berada di fasa kedua Ramadhan ini. Semoga fasa rahmat yg telah lepas berjaya dilepasi dengan cemerlang insyaAlllah.

Benarlah katanya seorang sahabat,segetir mana UJIAN yg ditimpa pd kita pasti juga akan kita lepasi,kerana masa tak akan berhenti,bertangguh atau diulang kembali. Semestinya kita akan melepasi ujian itu tp yg membezakannya antara kita manusia adalah cara kita melalui saat2 getir itu. Adakah kita REDHA atau kita menyalahkan takdir??Adakah ia memberi pengajaran yg sangat mahal atau hanya sekadar kisah pahit dalam hidup kita??

UJIAN itu sngat subjektif,yg ringan boleh jd berat pd seseorang dan yg berat boleh jadi sangat ringan. Bergantung sepenuhnya kpd diri yg menanggungnya.

Jadi saya amat bersyukur kerana keperitan itu telah jauh berlalu pergi dan kini satu nikmat yg tak pernah difikir2 muncul dalam hidup.ALHAMDULILLAH..BIARLAH IA MENJADI RAHSIA ANTARA AKU DENGAN PENTADBIRNYA..WALLAHUALAM

Friday, March 18, 2011

Aku sudah mengaku BERIMAN,jadi aku wajar diUJI..


Firman Allah SWT bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al Ankabut: 2)

Huraian Ayat:

1. Bukan mudah sebenarnya untuk kita mendapat nikmat syurga Allah SWT di akhirat kelak dengan hanya mengisytiharkan keimanan melalui bibir dan mulut sahaja. Allah SWT semestinya akan menguji keimanan setiap hambanya untuk mengetahui sejauh mana kualiti keimanan itu. Keimanan ini harus dibuktikan melalui ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melakukan dengan anggota badan.

2. Dalam kita memperjuangkan muamalah Islam khususnya aspek pengurusan risiko ini, semestinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran- cabaran ini boleh datang dari luar atau dalaman diri kita sendiri. Sengaja Allah SWT menurunkan cabaran-cabaran ini sebagai ujian untuk mengenalpasti siapa yang akan terus iltizam dan istiqamah dalam perjuangan ini. Hal ini merupakan proses penapisan secara langsung dari Allah SWT untuk mengetahui siapa yang benar-benar beriman kepadaNya.

3. Allah SWT menjelaskan bahawa cara untuk berhadapan dengan ujian ini adalah dengan meminta pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Firman Allah SWT; “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)

4. Terdapat tiga jenis kesabaran yang perlu ada pada setiap Muslim iaitu:
a) Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah
b) Sabar daripada melakukan maksiat kepadaNya
c) Sabar atas segala takdir kesusahan dan ujian yang menimpa

5. Justeru, segala masalah dan cabaran yang kita hadapi, anggaplah ia merupakan ujian dari Allah SWT. InsyaAllah, dengan kesabaran yang jitu, perancangan yang baik dan kesatuan yang mantap akan membuahkan penyelesaian dan jalan keluar dari masalah-masalah yang dihadapi. Semoga kita menjadi hambaNya yang sabar.

Saturday, March 12, 2011

SABAR dan HADAPI



Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. "Bu, apa kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?" ucap anak katak sambil merangkul erat lengan induknya. Si ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut.

"Anakku," ucap si ibu kemudian. "Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Justru, itu tanda baik." jelas induk katak sambil terus membelai. Dan anak katak itu pun mulai tenang.

Namun, ketenangan itu tak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk dipermainkan angin. Lagi-lagi, suatu pemandangan menakutkan buat si katak kecil. "Ibu, itu apa lagi? Apa itu yang kita tunggu-tunggu?" tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh induknya.

"Anakku. Itu cuma angin," ucap si ibu tak terpengaruh keadaan. "Itu juga pertanda kalau yang kita tunggu pasti datang!" tambahnya begitu menenangkan. Dan anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan.

"Blarrr!!!" suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan. Kali ini, si anak katak tak lagi bisa bilang apa-apa. Ia bukan saja merangkul dan sembunyi di balik tubuh ibunya. Tapi juga gemetar. "Buuu, aku sangat takut. Takut sekali!" ucapnya sambil terus memejamkan mata.

"Sabar, anakku!" ucapnya sambil terus membelai. "Itu cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita tunggu tak lama lagi datang! Keluarlah. Pandangi tanda-tanda yang tampak menakutkan itu. Bersyukurlah, karena hujan tak lama lagi datang," ungkap si ibu katak begitu tenang.

Anak katak itu mulai keluar dari balik tubuh induknya. Ia mencoba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak kencang, "Ibu, hujan datang. Hujan datang! Horeeee!"
**

Anugerah hidup kadang tampil melalui jalan yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu. Tidak diantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wangian harum.

Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Persis seperti anak katak yang takut cuma karena langit hitam, angin yang bertiup kencang, dan kilatan petir yang menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda-tanda hujan.

Benar apa yang diucapkan ibu katak: jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi.

Andai kita IKHLAS,insyaAllah Allah akan makbulkan..(renungan)



Sebuah kapal karam di tengah laut karena terjangan badai dan ombak
hebat. Hanya dua orang lelaki yang bisa menyelamatkan diri dan
berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat
itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin
bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan,
mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan
mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di sisi-sisi pulau
tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan.
Esok harinya, lelaki ke satu melihat sebuah pohon penuh dengan
buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya.
Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan
untuk berdoa agar diberikan seorang istri.
Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang
selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar
di sisi tempat lelaki ke satu itu tinggal.
Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada
apa-apanya.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan
makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban saja, semua yang diminta
hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak
mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar ia dan istrinya
dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah
kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki ke satu dan
istrinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan
pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki ke dua yang
tinggal di sisi lain pulau.
Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak pantas menerima berkah
tersebut karena doa-doanya tak pernah terkabulkan.



Begitu kapal siap berangkat, lelaki ke satu ini mendengar suara dari
langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rekanmu yang ada di
sisi lain pulau ini?"
"Berkahku hanyalah milikku sendiri, karena hanya doakulah yang
dikabulkan," jawab lelaki ke satu ini.
"Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka,ia tak pantas
mendapatkan apa-apa."
"Kau salah!" suara itu membentak membahana.
"Tahukah kau bahwa rekanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan,semua
doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

"Katakan padaku," tanya lelaki ke satu itu.
"Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang
atas semua ini padanya?"
"Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"

Renungan:
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang
lain ? Sadarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala
sesuatu demi keberhasilan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peran
orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang
terlihat" saja.

Thursday, March 10, 2011

Analogi : Kisah Rumput Dan Kekasih Hati..




Pada suatu pagi di satu sekolah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.



Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?



Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.



Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?



Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.



Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.



Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.



Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?



Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.



Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.



Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.



Cikgu : Ya, itulah jawapannya.



Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.



Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.



Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.



Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Thursday, February 24, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.




Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Wednesday, February 23, 2011

Hati...

Salam..

Hati..hm..tak mampu berkata apa-apa lagi. Saat ini Tuhan lebih tahu bagaimana kedudukan hati aku ini. Kau telah uji aku dengan 2 ujian yang sangat besar ya Allah.

Ku berusaha menerima hakikat ini tetapi aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu mengadu padaMU ya Allah,tiada tempat lain lagi aku mampu mengharap. Ku bangun bersujud padaMu,berhajat agar masih dibuka peluang untukku. Walaupun aku tahu,redha itu lebih baik tetapi hati ini di ajak berusaha selagi mana kau mampu.

Apa lagi yang aku mampu buat? Bagiku hanya satu iaitu bersujud berhajat meminta pertolongan dariMu.

Di saat ini, pelbagai nikmat yang Kau tarik daripdaku. Hilang nikmat selera, nikmat ingin belajar, nikmat ingin berkawan, dan banyak lagi. Aku yang sudah kurus bertambah kurus. Peperiksaan profesional 2 sudah hampir,andai aku terkandas aku mungkin melangkah pergi dari perjuangan ini. Aku sudah tak mampu melangkah seperti dulu ya Allah,aku sudah tidak mempunyai tongkat yang sering membantuku tatkala aku jatuh.

Namun selagi aku bernyawa aku akan tetap berusaha,tetapi andai nyawaku tidak lama aku berharap aku tidak mati sebagai pejuang yang tersungkur. Betulkan hatiku Ya Allah, moga satu hari nanti ada hikmah disebalik kejadian ini padaku..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, semoga aku beroleh syafaat darimu di akhirat kelak..


hati****

Thursday, February 17, 2011

Pemimpin: Kejar Dunia Hambat Akhirat

Takwa laksana mata air kebaikan. Darinya memancarkan butiran-butiran kasturi perilaku mulia, semerbak harumnya wangian, memikat mata memandang, merangsang indera penciuman dan segala kebaikan-kebaikan yang tiada tara. Tiada kemuliaan tanpa taqwa, tiada harkat dan martanat hakiki selain yang disandang para muttaqin. Allah hanya menyediakan syurga nan mempesona bagi orang-orang yang bertaqwa. Pantaslah kalau takwa dijadikan bekal mulia dalam kehidupan dunia fana demi menggapai kehidupan akhirat yang bahagia. Lain taqwa lain halnya dengan kedermawaan, yang menjadi ciri pemimpin kehidupan dunia. Betapa mulia sifat ini, dia rela mengorbankan kebutuhan diri demi kebahagiaan orang lain. Apalah erti kekayaan kalau hati kikir? Apa erti kemegahan kalau manusia tak sudi mamandang?

Aduh, alangkah beruntungnya insan yang dapat menyandingkan takwa dan kedermawanan dalam bingkai mahligai kehidupan? Di dunia mulia dan di akhirat bahagia. Inilah kemuliaan dan kebahagiaan hakiki.



Dalam pemilihan pemimpin kita sering tertipu. Kita tertipu dengan gula-gula kebebasan yang mereka janjikan. Kebebasan dalam segala segi sehingga kebebasan yang melebihi batas. Ya, sesiapapun mahukan dan idamkan kebebasan. Sudah pasti tidak ramai yang mahu hidup selalu dikongkong. Tetapi fikir sejenak,andaikan satu perlawanan bola sepak yang tiada pengadil dan penjaga garisan. Pemain kedua-dua belah pasukan bebas membuat apa sahaja termasuk menyiku, membentes, bergaduh dan macam-macam lagi. Dan di akhir perlawanan walau apa pun keputusan pasti ada yang tidak berpuas hati. Sehingga terbawa-bawa ke luar permainan. Perlawanan yang kita sangka sangat menghiburkan tiba-tiba berakhir dengan dendam dan tidak puas hati. Jadi kita lihat,kebebasan jika tidak ditetapkan garis panduan tertentu pasti pengakhirannya huru-hara. Tiada lagi ketenangan,malah akan lahir generasi yang suka pijak memijak,pendendam, tidak amanah atau sifirnya yang paling mudah ialah kita bakal kembali ke zaman jahiliyah.



Tiada guna kebebasan,tiada guna pembangunan,tiada guna kemajuan, tiada guna pendidikan andai hidup menjadi hamba dunia. Apa dikejar dunia yang sementara sedangkan akhirat adalah penempatan yang selamanya. Akhir kata, andai kita benar fahami hidup ini atas nama persinggahan mencari bekalan akhirat pasti kita tahu siapa pemimpin yang perlu kita pilih. Ingat siapa yang kita pilih akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

p/s: stress exam masih xhilang lagi,kali ni tak perform dengan baik. Apa2 pun, redha dengan keputusan nnt. "Hidup Untuk Bersedia"

Monday, February 7, 2011

Kiamat sudah dekat??



Assalamualikum kepada yang sudi membaca..

Apa khabar iman sahabat2ku sekalian?menaikkah atau menurun atau masih sama seperti hari semalam? Apa pun kedudukannya,perbaharuilah iman agar sentiasa segar mengingati dan menjadi pembenteng nafsu yang buas.

Pilihan raya kampus(prk) bukan pilihan raya kecil di Dun Merlimau maksud saya tetapi yang lebih dekat pada kita. Siapakah pilihan kita "pencari redha manusia" atau "pencari redha Tuhan"?Pilihan terletak di tangan sahabt sekalian. Istikharahlah,dan pilihlah yang mana mampu memimpin anda serta menarik anda ke titian redha Allah. Ingat UNDIAN ITU ADALAH IBADAH.

Bisik-bisik serta cakap-cakap apabila dekatnya PRK ini adalah 'aku x minat politik,kotorlah'. Mengapa dibusukkan politik itu oleh sebab anda hanya dengar-dengar dari sumber yang suka menabur fitnah. Politiklah cara perjuangan Rasulullah ingin memperluaskah dakwah baginda. Setiap perbuatan Rasulullah adalah sunah,adakah kita dalam golongan menolak sunah? Fikir dan fikir..




Sudah hal PRK,rasa teringin berbicara tentang krisis d Mesir,bumi kelahiran tokoh2 ulama tersohor Islam. Keadaan semakin meruncing dan Presiden Mesir Hosni Mubarak nampak semakin terdesak mengharap bantuan sekutu busuknya Israel dan Amerika. Sehinggakan Israel sanggup menyediakan bantuan peralatan peperangan kepada kerajaan mesir bagi membunuh syuhada islam yang terus memberontak. Mengapa israel terlalu baik?mestilah kerana apabila Mesir dikuasai oleh IKHWANUL MUSLIMIN yang diasaskan oleh syahid Hassan Al Banna kedudukan mereka bakal seperti telur di hujung tanduk. Apabila terbukanya laluan bantuan ke Palestin bumi berdarah melalui Mesir jiran terdekatnya,kerakusan Israel bakal lenyap. Kebangkitan Islam bermula,saat ini saya terfikir sejenak..Adakah ini petanda kiamat yang sudah semakin hampir??

Tak mahu mengulas panjang kerana takut tersalah tafsir atau informasi keadaan sebenar mengenai pergolakan di sana. Apa pun mari kita doakan peralihan segera agar konflik ini berakhir dan juga keselamatan sahabat2 kita yang memburu ilmu disana.

p/s: ramai bercerita pasal kahwin tapi xnampak sorang pun yang kawen. Sebenarnya satu nikmat berangan2 pasal kawen tetapi bakal melalaikan kita. Ingat zina hati. Tundukkan pandangan,jaga penglihatan,jiwa bakal suci,hati bakal tenang..insyaAllah

Friday, January 7, 2011

Kisah si berok


Bismillah..Assalamualikum..Allah akhbar!!!

Syukur ya Allah kerana masih lagi diberi peluang mencari modal untuk saham akhirat nanti.

Sahabat2 yang membaca,apa khabar IMAN anda sekalian?Biasalah kita umat akhir zaman imannya ada masa naik ada masa turun tetapi sentiasalah pertingkatkan iman kita ye!!
Susah nak mengekalkan iman sentiasa tinggi ni,sebabnya persekitaran kita tidak mengizinkan. Bila kita hidup dalam persekitaran yang hanya mahu enjoy2 sahaja, segala-galanya kita pandang sebelah mata. Benda baik atau buruk sama saja bagi kita, sebabnya diri kita ini sendiri sudah terbiasa dengan maksiat. Maksiat ada dimana-mana,buka mata pun dah terdedah dengan dosa mana tidaknya melihat aurat rakan kita.Jadi "tepuk dada tanya IMAN".

Peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang' bagi saya dah tak boleh digunapakai. Mana tak nya, takkan kita hidup ini hanya untuk diri kita sendiri. Habis tu,sahabat2 kita,kawan2 kita, ahli keluarga kita, takkan kita nak lepaskan begitu saja. Kita kerja pun untuk sapa,untuk masyarakat jugakan. Kalau la doktor tu tak mahu jaga tepi kain orang,lantak kau la sakit. Sape suruh kau hisap rokok,sapa suruh kau ambil dadah. Satu lagi sapa suruh kau nak beranak,malas aku jaga tepi kain kau,beranak sendiri la.Ha,kalau macam tu la, memang kucar kacir dunia.

Jadi objektif saya tiba2 tak tentu pasal bangkitkan masalah ini adalah kerana ingin memperingatkan diri serta sahabat2 sekalian kita hidup untuk memberi. Tak cukup kalau kita hidup sendiri2. Ada orang kata kubur lain2 bro,kau peduli apa. Ye la berok(bro) tapi kau ingat sape nak angkat jenazah kau nanti nak masuk kubur kau tu. Bukan saya membenci golongan macam ni tetapi rasa tanggungjawab la saya ingin menegur. Semua muslim yakin dan wajib yakin kita akan menghadapi alam akhirat yang mana setiap amalan kita akan dihisab. Tak kira la apa yang kita buat dalam tandas ke, apa yang kita buat dalam bilik sorang2 ke,apa yang kita buat dengan awek kita ke semua akan dihisab.

Sampai satu tahap, kita hilang sikap kasih sayang sebab apa?sebab masing2 nak selamatkan diri dari neraka Allah. Masa tu lah nanti kita mula mengungkit yang 'rumate saya tak pernah pun tegur saya','kenapa dia selamat sedangkan dia yang ajak saya','dia cakap free hair cantik jadi saya malas la nak pakai tudung' dan macam2 lagi la. Kita yang tadi selangkah ke syurga tiba Allah tarik balik kita ke neraka. Nauzubillah lah,minta2 dijauhkan.

Jadi bermula hari ini,mari kita perbetulkan diri dan bermuhasabah. Dari golongan mana kita ni yang alpa atau yang mengabaikan yang alpa. Berfikirlah sesaat sesungguhnya ia lebih baik. Selamat beramal.

p/s: kat tempat aku ada kursus kawen,ramai member2 aku masuk..aku bila lagi?
bagi la peluang kat orang lain dulu..kenyang la aku makan nasi minyak cuti panjang nnt..haha..jangan mara,nnt kena jual....hehehe

Wednesday, January 5, 2011

Kerana aku sayang dia

Assalamualikum..salam 1Islam..hehe..alhamdulillah,masih diberi ruang dan peluang untk hidup dan meneruskan tugas sebagai hamba Allah yang hina.

Ingin menyingkap peristiwa lama yang kini telah menjadi sejarah. Kisah percintaan aku dan dia. Siapa dia?dialah wanita pertama yang aku cinta dan mungkin unruk selamnya. Dia tidak tinggi,separas dengan bahu aku sahaja. Putih berseri wajahnya membuatkan tenang menatap keindahan rupanya. Lembut serta sopan tutur katanya tetapi kadang-kadang terselah ketegasannya bila aku mendukacitakan dia. Tubuhnya berisi sedikit tetapi tidaklah kelihatan begitu gempal,sedang moleklah bagi aku.

Aku jatuh cinta padanya kerana sikapnya yang begitu ambil berat perihal diri aku. Aku lambat makan sedikit pun dia dah mula naik angin,"nanti sakit nanti sape yang susah?", itulah ayat yang sering digunakan. Aku membalasnya dengan senyuman kerana aku tahu itu tanda dalamnya cinta dia pada aku. Biasalah adat pasangan bercinta,seperti 2 dalam 1. Pahit manis kedua-dua turut merasainya. Ada chemistry gitu..hehe

Prestasi aku dalam pelajaran juga banyak bergantung padanya. Dialah tempat aku meluahkan dan melepaskan tekanan,dia jugaklah sumber nasihat yang aku dapat, malah jatuh bangun aku dalam pelajaran juga menjadi sebahagian daripada hidupnya. Aku sangat seronok berkongsi kejayaan aku padanya,senyumannya seperti matahari yang mampu menyeri hidup aku sepanjang hari. Tetapi tatkala aku terkulai layu tidak sanggup aku berdepan dengannya kerana hati ini tak mampu melihat wajah itu merasai kekecewaanku. Cukuplah aku yang menanggung hanya kegembiraan sahaja hadiah aku untuknya. Dia adalah sumber inspirasiku.

Berpeluk cium,berpegangan tangan adat orang bercinta zaman ini. Begitu jugalah dengan aku,aku juga melakukannya. Bukan apa,aku cuma mahu melahirkan dan membuktikan rasa cinta kau padanya. Aku sangat takut dia tidak cinta aku lagi. Tidak kisahlah didepan orang atau di tempat tersorok ke,aku tidak pernah sembunyi rasa cinta aku ini. Lantaklah apa kata orang yang penting kami bahgia.

Tetapi satu hari sedang aku diawang-awangan mengenang detik percintaan kita tiba-tiba kau ingin memninggalkanku. Tetapi kau tak memberitahu kepada secara terus. Kau pergi tanpa sempat aku menciummu buat kali terakhir,memeluk tubuhmu yang sentiasa menghangatkan rasa cinta aku padamu. Kau pergi tanpa sepatah kata,ini membuatkan aku seperti hilang arah.

Dimana cintaku selepas ini,inspirasiku, kepada siapa hendak aku lepaskan rasa cinta ini. Hanya kau yang layak mendapat ciumanku,pelukanku,tiada yang mampu menandingi cintamu. Mengapa kau pergi secepat ini,tidak cukup lagi cintamu yang aku mahukan. Aku sangat sayang,sangat cinta padamu.

Sampai sekarang aku masih merindui kau,dan cinta kita sentiasa dalam ingatan aku kerana kaulah IBUku..

Alfatihah buat my beloved Fadzilah bt Mt tahir..semoga mak tergolong dalam kalangan orang beriman..amiin..

Sunday, January 2, 2011

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Saturday, January 1, 2011

Di sini noktah.Untuk membuka perenggan baru..


Alhamdulillah,syukur pada Tuhan kerana ana masih diberi kesempatan untuk hidup dan terus beramal. Ana juga amat bersyukur apabila nikmat IMAN dan ISLAM itu masih ada pada diri..syukur YA RABB..

Untuk post kali ini,ana ingin bercerita sedikit perihal diri ana,orang disekeliling ana dan teman-teman rapat ana. Atas dasar apa,haruslah IMAN paksinya.

Ana Fakhrullah,seorang yang tinggi dan kurus sahaja. Mungkin bukan menjadi idaman golongan si hawa tetapi cukuplah dengan fizikal ini ana mampu beribadat pada-Nya. Ana tidak bijak seperti rakan-rakan ana tetapi ana akan berusaha untuk menjadi bijak seperti mereka. Ana mudah lupa,sangat mudah lupa,mengapa?ana pun tidak pasti tetapi ana memang mudah lupa. Namun ana akan cuba jadikan lupa itu sebagai kekuatan ana,bagaimana?ana akan lupakan kesalahan orang lain pada ana. Ana tidak mahu berdendam kerana dendam hanya menghitamkan hati ana sahaja.Ana rasa ana penyabar tetapi ana mudah juga terjelepuk ke perangkap syaitan bila di uji,ana rasa ana pemalu tetapi ana tanpa segan silu turut melakukan dosa di depan Allah. Jadi ana rasa,ana tidak perlu bersangka baik dengan diri ana kerana ana mudah leka.

14 tahun ana berkelana meninggalkan kampung halaman,merantau mencari ilmu, pelbagai jenis manusia yang ana kenal. Bukan rupa paras atau harta dunia yang ana bicarakan tetapi sifat mereka yang ana utamakan..Alhamdulillah, ana tidak pernah kecewa dengan mereka walaupun pernah ana dibuli. Memang perit ketika dibuli tetapi bukan salah mereka,ana yang tidak kuat dan tegas. Ana juga beruntung kenalan ana semua pemurah maksud ana sudi membantu ana.Al maklumlah ana bukan orang senang,datang dari golongan peneroka. Ana rela berlapar asalkan tidak menyusahkan keluarga di rumah,sebab ana terasa tanggungjawab ana pada mereka.

Bermula di metrikulasi,ana tenang melihat wajahnya. Ana bukan suka menegur orang tidak tentu pasal,tetapi takdir telah merapatkan ana dengan teman ana dulu,kini dan selamanya. Ana tahu bukan taraf ana untuk mendekatinya tetapi ana teringin mengenalinya. Bila ana mula mengenalinya,ana dapat rasakan kemuliaan dan kemurnian hatinya. Hm,adakah ana perlu bunuh fitrah ini,maksud ana cinta yang tiba-tiba meracuni fikiran ana. Tidak,ana tidak akan bunuh kurniaan Ilahi ini tetapi ana cuba gerakkan pada saluran mengikut syariat. Bagaimana??Ana masih fikirkan....Sampai bila?sampai ana mantap dengan keputusan ana..Bila baru mantap??ketika ana rasa kemanisan dalam ujian Allah itu..Ana juga punya hati,ana tidak nafi kadang-kadang ana terbuai oleh nafsu. Siapaka teman itu??Dia adalah angan-angan ana..

Sampai disini sahaja ya sahabat-sahabat ana,ana mahu berusaha menggapai harapan arwah ibu ana ini. Ana akhiri bicara ini dengan harapan sahabat sedekahkan al-fatihah buat arwah ibu ana. wallahualam...