Thursday, August 11, 2011

Apabila ujian disilihgantikan dengan NIKMAT




Subhanallah..alhamdulillah..syukur pd Dia kerana masih diberi peluang untk berada di fasa kedua Ramadhan ini. Semoga fasa rahmat yg telah lepas berjaya dilepasi dengan cemerlang insyaAlllah.

Benarlah katanya seorang sahabat,segetir mana UJIAN yg ditimpa pd kita pasti juga akan kita lepasi,kerana masa tak akan berhenti,bertangguh atau diulang kembali. Semestinya kita akan melepasi ujian itu tp yg membezakannya antara kita manusia adalah cara kita melalui saat2 getir itu. Adakah kita REDHA atau kita menyalahkan takdir??Adakah ia memberi pengajaran yg sangat mahal atau hanya sekadar kisah pahit dalam hidup kita??

UJIAN itu sngat subjektif,yg ringan boleh jd berat pd seseorang dan yg berat boleh jadi sangat ringan. Bergantung sepenuhnya kpd diri yg menanggungnya.

Jadi saya amat bersyukur kerana keperitan itu telah jauh berlalu pergi dan kini satu nikmat yg tak pernah difikir2 muncul dalam hidup.ALHAMDULILLAH..BIARLAH IA MENJADI RAHSIA ANTARA AKU DENGAN PENTADBIRNYA..WALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment