Thursday, December 23, 2010

:: siapa aku di depan Tuhan ku ::


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zuhurnya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Tuesday, December 21, 2010

Filem CINTA(Renungan)



Assalamualaikum dan salam ziarah sahabat2ku yang sentiasa dibawah redha ALLAH..

Bila hati sudah terpaut,bait-bait cinta mula berputik. Sesaat dirasakan sehari,seminit dirasaka setahun tanpa insan yang dicintai. Makan kini tidak kenyang seperti dahulu,mandi tidak lagi mampu menyegarkan badan yang lesu dan tidur tidak lagi seenak selalu. Ohhh,inilah penangan CINTA.

Apabila cinta mulai mekar,hati sentiasa berbunga-bunga,dunia sekarang hanya milik mereka berdua. Ibu bapa bukan lagi yang utama,adik beradik jauh dari pandangan rindu,sahabat-sahabat kini hanya kerlingan mata. Kini bukan manusia menjadi teman rapat meraka tetapi hanset tempat mereka meluah rasa cinta dan rindu. Tanpa hanset hidup dirasakan tidak sempurna.

Apabila cinta sudah berbunga indah,hati mula berasa inginkan belaian,rindu kini terlalu memuncak, hanya si dia yang bermain dalam fikiran. Di sini mulalah satu keinginan yang menjadi impian uda dan dara,topik perkahwinan mula dibangkitkan. Aku kau bukan lagi panggilan, umi dan papa,bb dan sayang, abang dan sayang dirasa lmampu bukti tahap kerinduan. Mulalah topik perbualan,kini bilangan anak pula di bincangkan.
Ah, terlupa sebelum itu dimana tempat kita akan berbulan madu? Wah, seronok gerangan hati si teruna bila dutrakan soalan sebegitu oleh si dara. Sudah pasti fikiran mereka kearah yang satu,jijik.

Kini sudah hilang hijab antara mereka,segal-galanya dikongsi bersama. Zahir dan batin milik kita berdua,jom kita kongsi rasa cinta ini. Si teruna mula mengatur pertemuan,si dara tersenyum hati gembira. Kini baru rasa cinta mereka boleh di zahirkan. Dan akhirnya cinta yang dulu sudah berbunga mekar kini sudah berbuah ranum. Nasib baik seks selamat yang kami cuba detis hati uda dan dara.

Alhamdulillah kini impian yang dicipta sudah tertunai, gerbang cinta sudah mereka terjahi. oh, kini mereka sudah di nodai nafsu..pertemuan yang pertama bukan yang terakhir, rasa cinta mesti di buktikan selalu jika tak mau luput di mamah waktu.
Ah, girang hati uda dan dara...BEGINILAH BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH CINTA...

Pengarah: Nafsu
Penerbit: Syaitan
Pelakon: Uda dan Dara

Thursday, December 16, 2010

Akhirnya siap "partial denture"ku

Pada tanggal 16/12/2010 aku akhirnya berjaya menyiapkan tugasan gigi palsuku..ia bukan calang2 tugasan,kerana hanya kesistensi dan kosentrasi yang cukup baru boleh siapkan gigi palsu ini..huhhhu






Tuesday, December 14, 2010

7 AYAT-AYAT CINTA





Sabda Rasulullah S.A.W, "barangsiapa yg menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini, akan dimuliakan oleh Allah dan para malaikat dan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan".



1) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

stp kali hendak membuat sesuatu



2) ALHAMDULILLAH

tiap kali selesai melakukan sesuayi



3) ASTAGHFIRULLAH

jika tersilap melakukan sesuatu



4) INSYAALLAH

jika ingin melakukan sesuatu pd masa akan datang.



5) LAHAULAWALAQUWWATAILLABILLAH

apabila xdpt melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.



6) INNALILLAH

jika menghadapi musibah atau melihat kematian



7) LAILAAHAILLALLAH

bacalah spjg mlm dan siang sebanyak2nya..



amalkanlah selalu. moga2 kita tergolong dlm kalangan org yg terpilih oleh Allah. InsyaALLAH..amin~



Sebarkan..ILMU ALLAH ITU LUAS.



Sabda Rasullullah, "siapa yg menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada".

Milik siapakah diriku ini??..Milik Allah:)

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita


Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Panduan Memilih Isteri..




"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.



Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.



Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.



Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.



Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'

Cerite untuk di kongsi...


Kenapa awek tak nak dengan aku?


Zarif : Dengar cerita dah nak fly?



Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.



Zarif : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…



Hafiz : Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…



Zarif : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?



Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.



Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?



Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?



Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.



Hafiz : Lagi?



Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?



Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…



Hafiz : Hmmmmm…



Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…



Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.



Zarif : Wow cerita sikit…



Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.



Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.



Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.



Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.



Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.



Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.



Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.



Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?



Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.



Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam



Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

p/s: Bila sampai masa,aku pun akan ke rumah bakal isteriku..menunggu jawapan dari mulutnya sendiri serta bersaksikan walinya..ya atau tidak aku redha kerana jodohku milik Allah..

Saturday, December 11, 2010

Sekadar Meneruskan Bicara...


Assalamualikum sahabat2 yang saya kasihi sekalian..

Hari ini masih seperti dahulu.khabar berita dari seorang teman masih tidak kunjung tiba. Terasa sebak di hati,kehilangan teman yang sangat baik dan perihatin. Namun, aku tidak boleh berputus asa,aku harus menebus segala kesalahan aku kepada taman yang budiman itu.

Adakah kau sihat?Bagaimana dengan keputusan peperiksaanmu? Bagaimana dengan projek yang kau sedang jalankan sekarang? Ya Allah,persoalan itu bermain-main di benak fikiranku. Manakan tidak,kau yang kukenali tersangat baik tetapi aku yang sering menyalahkanmu. Tidak sedikitpun aku berniat untuk menyakitkan hatimu,jauh di sudut hatiku hanya ingin kau tersenyum tanpa sebarang keresahan.

Berikanlah aku pengajaran yang aku tidak akan lupakan,asalkan kau sudi memberi aku peluang menebus kesilapan da keterlanjuran temanmu ini....

Friday, December 10, 2010

Maafkan aku, teman….


Maafkan aku, teman….

Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, teman…
Kerana ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu

Maafkan temanmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Kerana inilah temanmu
Hanyalah manusia lemah yang penuh khilaf

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang teman yang selalu ada di sampingmu
Kerana sekali lagi inilah temanmu
Yang penuh dengan kelalaian

Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas

Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena

Teman, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna
Aku tahu aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tahu aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tahu aku tak bisa terus berada di sampingmu

Aku berharap pada RABB yang Maha Sempurna
Aku bergantung pada RABB yang Maha Agung
Kelak aku akan bertambah kuat
Kerana aku telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus

ALLAH yang akan Menguatkanku
ALLAH yang akan Menyokongku
ALLAH yang akan Membantuku
ALLAH yang akan Berada di sampingku
ALLAH yang akan Menjamin hidupku

Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak menzalimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan

Teman…
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
BERIKANLAH AKU PELUANG UNTUK BERUBAH..

Thursday, December 9, 2010

Berikan Aku Ruang Untuk Berubah..


Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada sahabat2 yang sudi membaca blog saya yang x seberapa ini. InsyaAllah topik yang akan saya bawakan hari ini ialah tentang hijrah iaitu perubahan dari yang buruk kepada yang lebih baik.

Dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini,kadang2 kita mampu tersenyum apabila berada di puncak dan kadang2 kita tersungkur kelayuan apabila berada da bawah. Pada saat inilah Allah ingin menguji setakat mana kesabaran kita menempuhi liku2 kehidupan sebagai seorang hamba yang beriman. Adakah kita hanya berdoa tetapi tidak sekali berusaha mengubah nasib kita?

Berbalik kepada kehidupan saya ketika ini,hati saya minda saya dalam keadaan yang sangat kritikal. Hanya menunggu masa untuk tersungkur ke tanah dan tidak mampu untuk bangkit kembali. Tetapi hati ini tetap inginkan perubahan. Apakah ada masa dan ruang lagi untuk aku mengubah nasib diri ini?

Berikan aku ruang,berikan aku peluang membetulkan kekhilafan diri. Hati mana tidak sunyi dari melakukan kesilapan, diri mana yang tidak serik melakukan dosa. Kerana aku hanya insab biasa.

Kepada temanku yang sering bersamaku,aku memohon agar kau berikan aku peluang untuk aku memperbaiki diri. Diri ini terasa yang kali ini kau benar2 serius dengan keputusan yang telah kau buat. Berikan aku sedikit ruang untuk memperbaiki kelemahan yang akau miliki selama ini. Andai aku dahulunya adalah paku yang sering meninggalkan kesan hodoh dihati mu,yamg hampir merobohkan kepercayaan mu kepadaku.
kini bagilah aku peluang menjadi paku untuk memperbaiki kembali hati mu yamg nampak suram dihimpit kesedihan atas perbuatan aku. Maafkan aku,maafkan aku, maafkan aku wahai teman.

KERANA KAU SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DALAM HIDUPKU...

Wednesday, December 8, 2010

Apa aku bisa....??

Kepada ..... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernamaMuhamad Fakhrullah bin Tajuddin menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya masih belajar. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap mencapai cita-cita saya. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

Oh My God,I did it again...


Selawat dan salam untuk junjungan nabi Muhamad S.A.W..assalamualaikum dan salam menyambut maal hijrah 1432..

Pagi yang hening ini sungguh sunyi tetapi hati aku terlalu sibuk memikirkan sesuatu. Sesuatu perbuatan yang aku telah lakukan yang mengguris hati seorang teman yang tersangat baik. Sesungguhnya aku tidak sengaja wahai teman untuk mengguriskan hati mu. Waktu ini hati dan fikiran aku sangat bercelaru memikirkan masalah yang tak pernah berhenti menerjah diri aku ni..

Namun aku sentiasa berdoa agar Allah memberi jalan keluar dari masalah2 ini dan aku juga berharap Allah akan membuka hatimu untuk maafkan kekhilafan dari segi tutur kata ataupun layanan yang kasar aku berikan padamu teman. Saat kau terguris hati dengan perlakuaan aku pun kau masih sempat memberi nasihat walaupun aku tahu saat itu masih ada perasaan marah dan kecil hati kau terhadap perbuatan aku.

Buat diriku ini,redhalah Muhamad Fakhrullah dengan pemergian ibumu. Janganlah kehilangan ini membawa bersana semangat yang telah mak pupuk dari kecil lagi. Mak pergi, abah pun akan pergi malah fakhrullah pun akan pergi sesiapa yang hidup akan pergi..jadi janganlah diri ini terlalu tangisi pemergian mak yang sungguh mulia itu.

Akhir bicara..buat seorang teman yang sangat baik hati dan pemurah dengan nasihat, aku yang seing menyakiti hati mu ingin benar2 memohon kemaafan atas kekhilafan yang aku telah buat. Sesungguhnya ake sememangnya tidak sengaja.

Saturday, November 27, 2010

Hasil tangan mak tersayang

Assalamualikum sahabat2..Kasih ibu itu sangat mendalam,sukar untuk seorang anak untuk melupakan segala jasa2 dan pengorbanan ibu. Berikut saya sediakan untuk tatapan saudara saudari sekalian sedikit sebanyak gambar2 hasil tangan ibu saya.

halaman rumah


pasu bunga

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Seorang Lelaki Menangis......??



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Saturday, August 14, 2010

Malu untuk diungkapkan....


Assalamualikum,selamat menyambut Ramadhan saudara saudariku sekalian. Indah nya dipagi sahur,lebih indah daripada hari-hari biasa. Indahnya solat subuh,jemaah semakin ramai,Alhamdulillah semoga Kau kekalkan iman kami Ya Allah.

Menjadi seorang manusia,tidak lari diri kita untuk memikirkan dimanakah dan pada siapakah kita akan mencurahkan kasihsayang kita selain daripda muhrim kita maksudnya yang lebih jelas berkahwin. Memang seronok jika memiliki seorang wanita yang solehah,yang bukan sahaja jadi peneman hidup malahan menjadi pembimbing menuju sang Pencipta.Fuhh....bila la agaknya masanya akan tiba.

Tetapi Ya Allah,jangan Kau butakan hati ini dari mengingatiMu. Jangan Kau kaburkan cintaku pada yang lain sehingga aku melupakanMu. Jangan Kau lalaikan hati ini dengan kecintaan dunia andaikata Kau kurniakan CINTA kepadaku satu hari nanti. Kau yang ciptkan perasaan ini maka Kau lah yang Maha Mengatahui nikmatnya,asyiknya dan lalainya perasaan cinta ini. Kadang-kadang kerasnya batu bisa dirasa selembut kapas, pahitnya ubat dirasa semanis madu dan panjangnya masa hanya seperti kelepin mata. Itulah penangan cinta.

TETAPI ANDAIKAH BAIKNYA JIKA CINTA INI HANYA UNTUKMU YA RAHIM....

Saturday, July 24, 2010

MUSUH DALAM SELIMUT...

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:



Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)



Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..



Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...



Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.





The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg

http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg

PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW



DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.

Friday, July 23, 2010

Mana Subsidi Kami!!!!

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
...kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...
tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..
tiada baju bergayati
tiada kediaman menteri...
tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sunday, July 18, 2010

Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Friday, July 9, 2010

Manusia selalu sangat salah menilai

mudah manusia menilai dengan hanya mendengar dari mulut orang lain. Sudah pasti yang menanggungnya pasti amat sedih. Manakan tidak,segala usaha kita berikan tp usaha kita dinafikan . Tidak terdetik untuk aku berbangga atau inginkan pujian atas usahaku tetapi apabila kerja secara berkumpulan itu dikatakan atas usaha individu tertentu sahaja,aku amat kecewa. Mungkin kerana kesilapan atau kelemahan diri mudah untuk manusia menutup kesilapan dengan kebergantungan kepada orang lain atau menafikan usaha orang lain.

Saturday, June 26, 2010

Perkara yang membatalkan SYAHADAH


Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah

Berdasarkan firman Allah:

maksudnya:
"Dan hanya kepda Allah hendaklah kamu bertawakkal jika kamu benar2 beriman"

Dalil ini berpandukan kepada pengertian lailahaillallah yg mana tidak sah pengakuan kita sekiranya kita memohon segala ketenangan dan kekuatan kepada selain daripada Allah.

TAWAKKAL bukanlah bererti meninggalkan kerja,malah Allah Taala menyuruh kita dua perkara dalam hal ini, pertama memerintahkan kita bekerja dan kedua janganlah kita meletakkan pergantungan hidup kepada pekerjaan itu.

Bagi konteks seorang mahasiswa,perkara ini perlu dititik beratkan terutamnya dalam soal menuntut ilmu.Ini kerana, sering menjadi kebiasaan kita mengharapkan segala penat lelah kita,masa kita belajar terbalas dengan kejayaan yang dicita-citakan semua orang.Dan apabila Allah uji kita dengan kegagalan, kita tersungkur melayu berputus asa. Merasakan segala usaha semuanya sia2. Sikap ini sebenarnya tidak ubah seperti orang kafir yang menyerahkan bulat2 kejayan itu pada usaha semata-mata. Disinilah boleh di andaikan perbezaan orang kafir dan orang Mukmin.

Bergantung dengan sebab2 tetapi lupa bahawa Allah lah yang mengizinkan adalah maksiat. Bergantung kepada sebab2 disamping mendakwa tidak ada hubungan dengan Allah adalah syirik,yang meruntuhkan syahadah.

*ulasan daripada buku 20 Perkara Yang Membatalkan Syahadah..

Friday, April 23, 2010

Gambar2 kenangan






tu la dulu,ade lagi akan menyusul...

Monday, April 19, 2010

Khas untuk TEMANku

Teman
kau hadir tidak pernah ku duga,
dalam kesantunanmu melayan karenah diriku, sebenarnya telah menjatuhkan egoku..
tatkala aku gembira,kau turut melompat meraikannya..
tatkala aku berduka,kau turut menangis menanggung penderitaanku..
tatkala aku ditimpa masalah,kau buka banyak jalan untuk aku..
namun kadang2 aku dengan egoku tidak dapat ditundukkan..
aku sebenarnya telah rebah mempertahankan pendirianku..
namun aku kagum,kau masih tidak henti2 mencari jalan keluar untuk aku..

mintak maaf teman atas keterlanjuranku..
kau sungguh berhati mulia..
tidak akan ku jumpa insan sehebatmu..
berikanlah aku peluang dan ruang membalas jasamu...

kerana kau sudah menjadi sebahagian daripada diriku..
terima kasih TEMAN..

tinggal kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
tapi semua itu kini sudah tinggal kenangan
Ingin juga aku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Jauhnya kau pergi meninggalkan diriku seorang disini
Di sini aku kau tahu aku amat merindukan dirimu
Kini aku sedang cuba mencari penggantimu
Namun sudah pasti tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih
Pernah ada rasa cinta antara kita
tapi kini semua hanya tinggal kenangan
Ingin aku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Pernah ada rasa cinta antara kita
namun semuanya kini hanya tinggal kenangan...

Sunday, April 18, 2010

Air Mata Ini,Air Mata Lelaki

tidak bisakah laki menangis,adakah menangis itu adalah telah termaktub dalam kamus seorang wanita sahaja...
adakah hilang kejantananku sekiranya aku tersedu sedan menangis?
adakah setiap titis air mataku menjatuhkan martabatku sebagai lelaki
mengapa aku menangis tiada siapapun yang peduli,jadi mengapa kau sibukkan tentang maruahku,tentang kejantananku...

aku menangis kerana cinta...

aku menangis kerana cinta adam dan hawa yang dahulunya suci namun pada saat ini cinta mereka diwarisi dengan cara yang salah..
cinta mereka berteraskan nafsu,cinta mereka berteraskan paras rupa,cinta mereka berteraskan harta semata mata..

cinta yang dulu berbentengkan iman kini telah roboh,kerana telah dipandu oleh syaitan...
hilang iman ,hilang takwa kau ganti dengan harta dan rupa..
mereka kata iman dan takwa tidak mengenyangkan perut mereka,tetapi rupa dan harta mampu menjamin segala-galanya..

salahkah aku menangis kerana itu???!!!!

Friday, April 16, 2010

Aku Inginkan Teman

ya Allah,kurniakanlah aku seorang teman yang mampu membimbing aku..
saat aku sedih dia lah penawarnya..
saat aku kesempitan dialah yang membuka jalan...
saat aku terlupa dialah mengingatkan aku...
yang Kau ciptakan untuk mengisi kelemahan aku ini...
cukuplah agama yang ada padanya...
kerana aku mengaku aku amat memerlukan seorang teman,kalaulah itu mampu mengembalikan dalam perjuangan menegakkan Islam...

kerana aku tidak menemui sahabat..aku hanya ada kawan...
amat berbeza seorang sahabat dengan seorang kawan...

Apabila janji hanya tinggal janji..

Aku sangat cemburu,cemburu dengan ramai orang...seronoknya bersama masyarakat,amat sunyi bersendirian...
bila kita berseorangan,inilah masa paling mudah syaitan menguasai kita...
sebab itu lah rasulullah menyuruh kita sentiasa dalam jemaah..
tetapi,pilihlah jemaah yang betul...

Friday, April 9, 2010

Buta


Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.

Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.

Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”

Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”

Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”

Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?

ANATARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

Thursday, April 8, 2010

bodoh...

itu mungkin tanggapan orang cina @ orang india kat bangsa melayu/islam..
geram dan marah juga bile digelar macam tu tetapi hakikatnya mungkin benar yang kita ni benak..kalau yang gagal kita lah yang menguasainya,bila mase presentation yang si sawo matang ni la duduk nyorok blakang kerusi takut nak ke hadapan..
dah memang orang melayu sifat macam tu,malu ke hadapan..
tapi jangan anggap ni sebagai kritikan je tapi terimalah sebagai cabaran...berusahalah sikit untuk berubah...
stakat mana kite nak maju kalau asyik dk kat takuk lame je..
bangkit la,penuhkan mase dengan belajar...
kuasailah ilmu yang kita tengah belajar sekarang,jangan jd doktor lulus atas pagar je...
nak rawat patient semua 50/50,brani ke orang nak datang kat kiat...
janganlah tunjukkan kita lemah kerana berdakwah,dah remuk hati ni n=bila mengecop orang yang memperjuangkan islam ni dengan kegagalan...
camne nak sampai dakwah kalau orang ckit pun tak ada rasa hormat kat kita..
rasulullah dulu pun sebelum terima wahyu,nabi dah dikenali okeh seluruh penduduk mekah dengan sikap al amin nye..jadi penduduk mekah amat menghormati nabi...macam tu la strategi dakwah,gain respect from people first...
hah....aduyai...aku penat la,aku kluar...cari alternatif lain,aku takkan berhenti sebab dakwah itu wajib keatas seorang islam...

Wednesday, April 7, 2010

Aku letih...

aku letih,aku penat...
aku letih buat baik dengan orang lain..
aku letih nak jaga hati semua kawan2 aku...
aku penat mencari kawan yang boleh dijadikan sahabat..
aku penat di layan macam sampah...
berikan aku masa untuk berehat...
aku bukan binatang untuk mereka halau aku,
aku bukan sampah yang boleh mereka buang merata2,
aku bukan mainan yang diguna waktu mereka perlu,campak bila tidak diperlukan..
aku bukan mahu mereka layan seperti bintang tapi cukuplah sebagai sebagai manusia yang ada hati dan perasaan..
jika mereka tidak mahu jadi sahabatku,cukuplah sebagai kawan,jika masih tidak mampu cukuplah sebagai teman dan jika itu pun tidak mamapu,aku mintak maaf sebab hanya itu yang aku mampu..

Saturday, April 3, 2010

manifestasi cinta

Badan bergetaran, menahan kesejukan sungai.

Basah yang menenangkan.

"Majdi, nak tahu bagaimana orang beriman hanyut?" Sebentar, dalam deru bunyi alam, dan kuyupnya pakaian, Syafiq bertanya.

"Macamna?"

"Sebagaimana orang yang tenggelam dalam air sungai yang meyegarkan. Terus hanyut."

"Bagitulah tenggelamnya kita sepatutnya. Hanyut dalam sungai dan rindu. Hanyut dalam cinta Allah." Syafiq tersenyum.

Kita cinta Allah?

Kamu cinta Allah? Saya juga cinta Allah. Ramai orang cinta Allah. Tanya mereka, mereka akan menjawab:

"Aku cinta Allah.."

Benar, kata-kata adalah ekspressi. Tapi sejauh dan setinggi mana kata-kata itu menjadi taman dan bunga-bunga di hati? Sampai kita benar-benar hanyut dalam perasaan dan rindu kita, sampai kita tak pelu mengungkapkannya. Ia akan sudah sentiasa terungkap. Dalam hati, dalam diri.

Manifestasi cinta manusia.

Kita akan berasa seronok bila mana diraikan dan dihargai. Rasa disayangi. Benar, saya juga rasa begitu. Kita akan rasa tenang bila dapat berkongsi perasaan dan masalah yang dihadapi. Atau cukuplah, jika dapat bertanya khabar.

Malah, ada yang rela tiada punya seribu kawan. Asalkan punya hati si dia yang satu.

Tapi kita selalu tak sedar, bahawa yang memegang hati kita, hati dia, hati mereka, hati saya dan kamu. Adalah Allah, yang menyebabkan kita jatuh cinta, yang menyebabkan kita tertarik, malah yang memberikan susah payah dan kegelisahan, lalu di selepas itu terus memberi ketenangan. Allahhuakbar.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat..."

Cinta Allah, saya cari.

Pernah tak kita rasa, kadangkala mungkin, satu saat yang kita teringin untuk membaca al-quran. Saat yang bila mana kita solat, kita rasa ingin solat lagi, malah menunggu waktu fardhu yang berikutnya. Waktu yang mana kita rasa tenang, dan hati sentiasa teringat akan Allah. Allah, rindu rasanya mempunyai perasaan seperti itu.

Pernah tak kita rasa, satu saat yang tiada yang memahami kita walau mereka cuba memahami. Satu saat, yang kita tak nampak jalan keluar, walau seantero dunia ingin menolong. Satu saat, yang kita rasa jalan yang di depan kita dahulu cahayanya teang amat. Tapi kian pudar. Malah membimbangkan, mula memalap.

Bukankah Allah maha memahami? setiap inci masalah yg kita hadapi. Bukankah Allah ada, untuk kita sentiasa bercerita masalah, suka dan duka. Malah, dia maha menemani setiap langkah kita itu.

Rasa cinta Allah, tak akan bersama dosa selamanya.

Sekali rasa cinta, sampai bila-bila akan rasa derita. Derita akan takut rasa cinta itu. Derita rindu dan mahu kembali rasa itu. Kamu pernah rasa? Saya pernah ada rasa itu. Tapi bila saya terbuat dosa. Saya semakin timbul kembali. Ianya makin pudar, makin hilang sedikit demi sedikit. Saya mahu, tapi kerana dosa, ianya tiada.

Mana mungkin cinta Allah dicemar dengan noda bukan?

Mari cari cinta Allah!

"Ya Allah, aku memohon padaMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan yang menyampaikanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari diriku sendiri, dari keluargaku, juga dari air yang sejuk (ketika matahari terik)"

Kita meminta, kita menyampaikan, pada Allah. Yang kita mahukan cintaNya. Kita mahu hati ini untuk terus mencintaiNya.

Agar Allah menyampaikan doa itu. Semoga Allah menerima permintaan itu.

Kerana ramai yang mahu, namu tiada bagitahu. Sampaikan, agar Allah, pemilik cinta itu bantu.

InsyaAllah, sehingga nanti, kita mampu untuk hanyut. Sehanyut arus deras sungai yang mengalir. Membiarkan diri terus tenggelam. Lemas dalam manisnya lazatnya, dalam enak rasa cinta kepadaNya.

InsyaAllah :)

Semoga Allah mencintai.

"Orang-orang yang beriman, amatlah dahsyat kecintaan mereka kepada Allah..."

Wednesday, March 31, 2010

Cinta, Ada Batas dan Rambu-Rambunya


Pengalaman hidup, terutama dalam berumah-tangga, telah membuktikan bahwa keterbukaan yang berlebih-an antarsesama, terutama antarsuami-istri, merupakan sesuatu yang tidak terpuji. Apalagi bila terjadi benturan perasaan antara suami-istri. Ada anggapan bahwa antar-orang yang saling mencinta tidak akan terjadi saling mencela. Padahal, seorang suami atau istri pasti memiliki kepribadian tersendiri yang dibanggakan. Banyak perselisihan bermula dari perasaan bersalah bila melampaui batas-batas kesopanan. Tetapi, bila perasaan ini sudah hilang, maka perselisihan akan semakin keras menjurus kasar, sehingga untuk mengembalikan ke kondisi semula memperlukan waktu. Yang terbaik di antara mereka adalah yang memulai meredam kema-rahannya demi kemaslahatan masa depan keluarga. Hal ini dapat dilakukan dengan diam dan tidak memperturut- kan gejolak emosi serta mengalihkannya pada aktivitas lain, misalnya melakukan pekerjaan rumah, membaca Al-Qur'an, membaca buku-buku Sirah, atau berwudhu dan sholat.



Wahai muslimah, ketika engkau marah, jangan segera meninggalkan rumah, sebab hal itu pasti akan memperuncing masalah. Memang, banyak keluhan para istri yang disebabkan oleh sikap suaminya. Di antara-nya, suami kalau pulang sudah larut malam sementara anak-anaknya sudah terlelap tidur, padahal sepanjang malam ibunya telah menjanjikan bahwa ayahnya segera datang. Apalagi kalau suaminya semalaman begadang di nightclub, warung kopi, atau tempat-tempat lain. Hal ini pun diketahui oleh istrinya sehingga membuat hati dan perasaannya kesal, tetapi ia takut mengeluarkan kata-kata yang dapat merusak masa depan keluarga. Akhirnya, hidupnya semakin terasa kering dan beku. Hal ini diperparah ketika sang istri menyaksikan seba-gian tetangganya tidak seperti yang ia alami, suami mereka sudah berada di tengah-tengah keluarga sejak sore. Inilah sesungguhnya kebahagiaan yang didambakan seorang istri.



Barangkali ada sebagian istri yang termasuk type pertama, menahan amarah dengan menampakkan muka cemberut kepada suami. Sikapnya akan tetap seperti itu setiap kali melihat tingkah suaminya. Sementara suaminya tetap tidak melayani sikap seperti itu ketika pulang ke rumah. Inilah awal kedamaian. Betapa indahnya, bila sang istri menunda keluhan dan masalahnya sampai suami istirahat. Menatap dengan penuh senyum dan lapang dada dalam menghadapi kesedihan. Mengena-kan pakaian yang terbaik dan mempersiapkan anak- anaknya untuk menyambut ayahnya dengan melantun-kan nasyid, "Ayah telah datang... datang pukul enam... naik kendaraan... tidak jalan kaki... naik sepeda..." dan Iain-lain.



Seorang istri harus memahami tugasnya dengan baik, sebab ini adalah langkah awal untuk membenahi diri suami dan anak-anaknya. Ia juga harus menatap masa depan dengan penuh optimisme. Ini akan dapat mem-bantunya dalam mengemban beban dengan hati lapang dan jiwa yang tenang. Setiap suami-istri harus mengemban tanggung jawabnya masing-masing, tidak boleh merasa hanya punya hak tetapi tidak punya kewajiban.



Bila tampak kesalahan pada saudaramu

Maka ampunilah kesalahannya



Di antara rahmat Allah kepada para istri, menjadikan sebagian acara keluarga yang menyenangkan sebagai sarana untuk menghilangkan ketegangan dan menghapus pertengkaran. Seperti juga bila sering terjadi perteng-karan antara suami-istri kerana suatu sebab, kemudian Allah memberi cobaan sakit ringan kepada salah seorang di antara mereka. Maka pada saat itulah perasaan segera tergerak untuk menyelamatkan kondisi ini. Sehingga perasaan marah akan segera padam dalam waktu relatif singkat, sebelum tergoda oleh bisikan-bisikan lain dari setan.



Demikianlah, senantiasa dianjurkan untuk mengeta-hui risalah pernikahan agar tidak terjadi benturan-benturan perasaan.



Dipetik; Bagaimana menyentuh hati; 189



Wallahualam. ..

Tuesday, March 30, 2010

kenapa susah bangun subuh??



susahnya untuk bangun subuh...betolke???
tapi bagi pengamatan saya,sifirnya amat mudah...
segalanya bermula dengan NIAT...
tidak perlu jam loceng bergema sekalian alam tapi tuannya masih enak mengulam mimpi2 indah..
kadang2 jam loceng pun mengeluh,puas aku menjerit tuan aku tak bangun2 jugak...
tidak perlu juga mengharapkan rakan anda untuk mengejutkan anda kerana ia sekadar mengubah niat untuk tidur lebih lama...
tidakkah kita pernah terfikir sewaktu kita orientasi masa mula masuk universiti atau pun matrikulasi dahulu,pukul berapa kita bangun?sebelum siren berbunyi kita dah siap2 dah..awal pula kita bangun...
tetapi bila selesai sahaja orientasi kita berubah drastiknya yang mana subuh kita entah kemana...kadang kita malu dengan matahari sebab solat dhuha baca qunut...hhehe
adakah ini maknanya kita lebih gerunkan peraturan manusia berbanding peraturan Allah...
kita fikirkanlah...

APEX indah pada nama,buruk pada perlaksanaannya


suatu ketika dahulu,ia menjadi berita hangat apabila kementerian pendidikan akan mengadakan pemilihan bagi penganugerahan title APEX bagi mana2 universiti yang layak..universiti2 yang merasakan mereka layak saling bersaing antara satu sama lain bagi membuktikan kononnya mereka layak...diakui memang banyak kelebihan yang bakal diperolehi melalui penganugerahan ini terutamanya dari segi peruntukan yang besar serta kesukahatian memilih sendiri sesiapa yang layak dari seluruh Malaysia yang bakal digelar sebagai generasi APEX.
dan akhirnya aku sebagai penuntuT USM dengan rasa bangga dan terujanya melompat kegembiraan disaat nama USM terpilih dianugerahkan title APEX.
tapi hari demi hari tak penah dirasakan pun kelumit nikmatnya anugerah itu,adakah kerana ku bukanlah generasi APEX??
malah aku rasakan gelaran ini sekadar gelaran yang merampas kebebasan serta keselesaan sebagai penuntut USM..bukan ape yang aku pinta tapi cuma sediakan keselesaan serta kemudahan bukan sahaja dapi peralatan atau tenaga pengajanya tetapi sediakanlah kepada kami pelajar undergrauate penempatan dalam kampus..
cukuplah bilik berempat,kami tak mintak lebih,,sekadar tempat persinggahan malam...cukuplah...
DENGARLAH WAHAI PENGGERAK APEX,KAMI DAH TERASA KESULITANNYA...

hasad dengki adalah milik MELAYU

ada seorang sahabat yang amat menginginkan kejayaan,bukan apa dia baru sahaja gagal dalam ujian sebelum ni. memang ramai yang gagal tapi gagalnya dia kerana kesilapannya...malas ke kelas,tak baca buku,suka on9 dan banyak perkara yang tidak senonoh yang dia buat. tambah menyedihkan lagi,kawan2 sedikitpun tidak mahu jadikan dia sebagai sumber rujukan mungkin menganggap makhluk ni bodoh...malah pendapatnya sering disanggah,ada juga yang menerima pendapatnya tapi diletakkan sebagai pendapat "spare part"..aduyai,malangnya nasib sahabat ni...setelah lama ditindas,dipinggirkan dan seakan-akan kewujudannya tidak dirasai,akhirnya sahabat ini mulai sedar keterlanjurannya...bukan salah teman2nya untuk merendah-rendahkan martabatnya atau kemampuannya tp salah dirinya sendiri yang biarkan dirinya terus daam keadaan sebegitu..dia mula mengatur langkah mentransformasikan dirinya dengan matlamat "aku INGIN JADI YANG TERBAIK"..fuhhhh,memang tinggi angan2 sahabat ini,tapi apakah langkah seterusnya????kalau angan2 je tak dapat la sahabat oii!!!eh, sapa kate angan2 tu sia2,sebab segala2nya memerlukan angan2 sebagai initiator atau trigger...mampu ke J.P Dunlop cipta tayar kereta kalau dia tak berimaginasi atau Alaxander Graham Bell cipta telefon kalau dia tidak membayangkan bagaimana telefon itu nanti???
huh...sahabat ini berubah dengan begitu drastik..apakah langkah yang sedang diusahakan?adakah sahabat ini ingin mencipta satelit yang mampu membaca fikiran doktor2 yang menggubal soalan atau pun cermin mata masa hadapan yang mampu memaparkan jawapan peperiksaan?
hahaha...exam pun fail nak cipta benda pelik2,itu baru namanya angan2 mat jenin..
mudah je kira2 sahabat ni,apa dia??
"STUDY DI PERPUSTAKAN"
punyalah sahabat ni pulun study,sampai bilik pun dah jarang nak jejak kaki..mungkin jadi tempat persinggahan tidur je kot. alhamdulillah,hari ke hari dapat dirasakan perubahan dari segi imput otak sahabat ni,rasa semakin dipenuhi..ecehh...
masa berlalu hampir 15 hari,sahabat ini mulai yakin pada dirinya sendiri..mana tidaknya,semua soalan yang doktor ajukan kebanyakannya mampu dijawab..soalan feedback and asseement..
tetapi yang menyedihkan adalah masalahnya masih belm selesai..teman2nya dilihat semakin ingin menjauhi dirinya,perubahannya seakan tidak disenangi..menjenguk ke bilik pun jarang,pendapatnya masih dipandang sepi..dia semakin tersisih,dan akhirnya membuat keputusan untuk menyisihkan diri...
sahabat ini terfikir..bila dia lemah orang tidak peduli dan bila dia bangkit membaiki kelemahannya orang masih tidak mempedulikannya..huh,baru sahabat tersedar yang dia berbangsa melayu..melayu tak suka orang lebih tinggi daripdanya,yang lebih lemah mereka menunjukkan rasa kasihan tetapi hakikatnya terbit rasa megah yang mereka lebih baik dari melayu yang lemah ni..
melayu,sahabat ini sedih menjadi melayu..memang sesuai la dengan namanya melayu akn terus me la yu..terus melihat bangsa sendiri meLAYU...entah la,bila melayu ni nak bela la melayu ni nak berubah...tetapi aku pun MELAYU...HEHE

hari ini aku mula menulis...