Wednesday, February 23, 2011

Hati...

Salam..

Hati..hm..tak mampu berkata apa-apa lagi. Saat ini Tuhan lebih tahu bagaimana kedudukan hati aku ini. Kau telah uji aku dengan 2 ujian yang sangat besar ya Allah.

Ku berusaha menerima hakikat ini tetapi aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu mengadu padaMU ya Allah,tiada tempat lain lagi aku mampu mengharap. Ku bangun bersujud padaMu,berhajat agar masih dibuka peluang untukku. Walaupun aku tahu,redha itu lebih baik tetapi hati ini di ajak berusaha selagi mana kau mampu.

Apa lagi yang aku mampu buat? Bagiku hanya satu iaitu bersujud berhajat meminta pertolongan dariMu.

Di saat ini, pelbagai nikmat yang Kau tarik daripdaku. Hilang nikmat selera, nikmat ingin belajar, nikmat ingin berkawan, dan banyak lagi. Aku yang sudah kurus bertambah kurus. Peperiksaan profesional 2 sudah hampir,andai aku terkandas aku mungkin melangkah pergi dari perjuangan ini. Aku sudah tak mampu melangkah seperti dulu ya Allah,aku sudah tidak mempunyai tongkat yang sering membantuku tatkala aku jatuh.

Namun selagi aku bernyawa aku akan tetap berusaha,tetapi andai nyawaku tidak lama aku berharap aku tidak mati sebagai pejuang yang tersungkur. Betulkan hatiku Ya Allah, moga satu hari nanti ada hikmah disebalik kejadian ini padaku..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, semoga aku beroleh syafaat darimu di akhirat kelak..


hati****

3 comments:

  1. ya sahabat..ana dlm kesedihan..ttp itulah kehidupan,tidak seindah yg kita impikan..belum tentu apa yg kita miliki akan kekal milik kita..itu fitrah alam yg Allah telah rancang..doakan Allah beri kemudahan pada kehidupan ana ya..

    ReplyDelete
  2. Moga kepadaku jua.. amin... Manusia sememangnya jauh dari kesempurnaan... Tapi hidup mesti tabah :)

    ReplyDelete