Thursday, February 17, 2011

Pemimpin: Kejar Dunia Hambat Akhirat

Takwa laksana mata air kebaikan. Darinya memancarkan butiran-butiran kasturi perilaku mulia, semerbak harumnya wangian, memikat mata memandang, merangsang indera penciuman dan segala kebaikan-kebaikan yang tiada tara. Tiada kemuliaan tanpa taqwa, tiada harkat dan martanat hakiki selain yang disandang para muttaqin. Allah hanya menyediakan syurga nan mempesona bagi orang-orang yang bertaqwa. Pantaslah kalau takwa dijadikan bekal mulia dalam kehidupan dunia fana demi menggapai kehidupan akhirat yang bahagia. Lain taqwa lain halnya dengan kedermawaan, yang menjadi ciri pemimpin kehidupan dunia. Betapa mulia sifat ini, dia rela mengorbankan kebutuhan diri demi kebahagiaan orang lain. Apalah erti kekayaan kalau hati kikir? Apa erti kemegahan kalau manusia tak sudi mamandang?

Aduh, alangkah beruntungnya insan yang dapat menyandingkan takwa dan kedermawanan dalam bingkai mahligai kehidupan? Di dunia mulia dan di akhirat bahagia. Inilah kemuliaan dan kebahagiaan hakiki.



Dalam pemilihan pemimpin kita sering tertipu. Kita tertipu dengan gula-gula kebebasan yang mereka janjikan. Kebebasan dalam segala segi sehingga kebebasan yang melebihi batas. Ya, sesiapapun mahukan dan idamkan kebebasan. Sudah pasti tidak ramai yang mahu hidup selalu dikongkong. Tetapi fikir sejenak,andaikan satu perlawanan bola sepak yang tiada pengadil dan penjaga garisan. Pemain kedua-dua belah pasukan bebas membuat apa sahaja termasuk menyiku, membentes, bergaduh dan macam-macam lagi. Dan di akhir perlawanan walau apa pun keputusan pasti ada yang tidak berpuas hati. Sehingga terbawa-bawa ke luar permainan. Perlawanan yang kita sangka sangat menghiburkan tiba-tiba berakhir dengan dendam dan tidak puas hati. Jadi kita lihat,kebebasan jika tidak ditetapkan garis panduan tertentu pasti pengakhirannya huru-hara. Tiada lagi ketenangan,malah akan lahir generasi yang suka pijak memijak,pendendam, tidak amanah atau sifirnya yang paling mudah ialah kita bakal kembali ke zaman jahiliyah.



Tiada guna kebebasan,tiada guna pembangunan,tiada guna kemajuan, tiada guna pendidikan andai hidup menjadi hamba dunia. Apa dikejar dunia yang sementara sedangkan akhirat adalah penempatan yang selamanya. Akhir kata, andai kita benar fahami hidup ini atas nama persinggahan mencari bekalan akhirat pasti kita tahu siapa pemimpin yang perlu kita pilih. Ingat siapa yang kita pilih akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

p/s: stress exam masih xhilang lagi,kali ni tak perform dengan baik. Apa2 pun, redha dengan keputusan nnt. "Hidup Untuk Bersedia"

No comments:

Post a Comment