Monday, February 4, 2013

PRU 13 semakin hampir..

Assalamualaikum..

POLITIK,POLITIK,POLITIK!!!!

Ada orang benci politik,ada orang tak nak ambil tahu pasal politiK dan ada orang yang sangat fanatik dengan politik.Jadi siapa yang betul??

Semua tak salah sebab kita berhak memilih apa yang kita fikirkan,sama ada peduli atau tidak itu pilihan kita.

Apa sebenarnya yang diperjuangkan orang yang kuat berpolitik ini sebenarnya?

1. DUIT??
2. PANGKAT?
3. BANGSA?
4. AGAMA?

Kita lihat ada pelbagai ragam ahli politik,kita nilai sejarah mereka,kita kaji method perjuangan mereka,kita analisa matlamt akhir perjuangan mereka dan akhir sekali tepuk dada tanyalah IMAN kita yang mana mengikut kehendak ILAHI.

Lebih setengan abad kita merdeka,dan masih diterajui oleh kerajaan yang sama,tidak bersyukurkah kita dengan keamanan yang kita kecapi sekarang?Kalau tak mahu bersyukur kepada kerajaan sekarang,nyah kau dari negara ini dan carilah negara yang seperti kau hajati---kata M.Acai(bukan nama sebenar)

Ohh,inilah jawapan copy paste dari sesetengah mereka.Setujukah??

Sedikit pun tidak,perhatikan perkataannya,ayatnya. PERHATI,jangan menerima semberono,jangan copy paste semberono. Adakah syukur itu kita perlu panjatkan kepada kerajaaan yang mentadbir selama lebih setengah dekat atau kepada yang KEKAL,yang sebenar2nya memberi rezeki kepada setiap hambanya.

Kerajaan sekarang sudah berusaha dengan apa car sekalipun,dan lihat sekarang Malaysia maju,pelbagai pembangunan,dikenali seantero dunia.--M.Aacai

Kenalkah kamu pada Qarun,yang hartanya melimpah ruah.Juga kepada kerajaan Firaun maju dengan pembinaan piramid,gah dengan kekayaan nya TETAPI adakah ALLAH REDHA??

Sudahlah,fikirlah,berhentilah menfitnah..undiilah,yang kita rasa terbaik untuk dunia dan akhiratt.Hidup kita sentiasa ada pilihan.imanlah yang akan memilih masih mahu yang sudah uzur atau perubahan yang lebih BERSIH...