"Kadang2 bila kita bosan dengan sebuah kehidupan,kita akan cuba mencuba sesuatu yang baru bagi menikmati kepuasan yg sebentar. Kemudian kita tersedar,dan ingin kembali ke jalan yang membosankan tadi kerana kita yakin jalan itu lebih senang dan tenang.Tapi nasi yang sudah ditanak tak akan menjadi beras kembali. Hakikat dalam membuat keputusan dan penilaian itu nampak mudah namun impaknya amat terkesan"
Kehidupan yang kita jalani kadang2 terasa bosan kerana dikelilingi oleh insan2 yang sama. Dalam kebosanan itulah terdetik untuk membuka jalan baru,tapi penilaiannya singkat dan dangkal. Kepuasan yang dikejar beroleh sebentar,dan kemudian jalan lama juga yang dirindukan.
Dalam membuat keputusan,kita lebih mementingkan kesenangan dan lebih kepada straight to the point. Sebagai contoh dalam ibadah harian,antara solat jemaah vs solat bersendirian. Mmeandangkan solat sendirian lebih tidak terikat,boleh dilakukan bila2 masa,duration nya juga kita boleh lakukan mengikut kemahuan diri,mahu lama atau express,jadi kebanyakan kita akan memilihnya. Namun, jika kita fahami dan hayati apa yang Allah tinggalkan hikmah disebalik kesusahan solat berjemaah,kita adalah orang yang teramat rugi.
Begitulah daif dan ceteknya kita dalam membuat keputusan. Dan itulah kita bila segala2nya dipengaruhi nafsu semata2. Kalau iman jadi pemandu arahnya,pasti jalan yang susah juga tetap dipilih. InsyaAllah..tiada siapa yang sempurna,dan Allah tidak mengharap kita menjadi sempurna tapi apakah usaha kita untuk menyempurnakan diri kita..wallahualam
No comments:
Post a Comment