Wednesday, May 29, 2013

Cermat kamu,ego pendosa..

Cermat dalam berdakwah versus cepat mahu hasil dakwah. Dua pendekatan yang ketara perbezaannya,walaupun matlamat akhirnya adalah sama.

Wahai sang pendakwah,gopohnya kamu mahu kemana?Adakah kamu sudah tahu riwayat akhir hidup mereka,sehingga tiada tolak ansur dalam meluruskan hati yang bengkok. Jangan kau paksa dengan kekuatan kamu,risau hati tak sempat lurus tapi patah terus tak boleh di cantum.

Jangan kamu fikir semua targetmu sekental kamu,yang riwayat kukuh di tarbiyah penghasil benih yang mantap. Yang lahirmu di azan,kemunculanmu membuat insan lain bersujud syukur, yang hadirmu memancar keinginan penerus kesinambungan murabbi. Riwayat mereka mungkin berbeza. Lahirnya mereka mungkin sekadar atas keinginan nafsu,yang disambut dengan kebimbangan,tak diazan mahupun disyukuri malah rasa terbeban kerana hadirnya sekadar penyulit kehidupan masa hadapan.

Wahai pendakwah,kerasnya cara kamu. Seolah-olah hanya 2 jalan untuk kami2 insan tersesat. Kembali ke pangkal jalan atau terus sesat. Tiadakah harapan dalam kegelapn hati kami,berilah sedikit..

Siapa tak mahu jadi baik.siapa??

Kami bukan tak mahu berubah tapi kami takut dan cemas dengan ugutan dan amaran kamu yg menggunakan dalil dan hadis. Kami sedar kami tidak tahu seperti kamu,maka janganlah kamu terus-terusan mahu kami satu saf bersama kamu. Kami mahu kamu pimpin kami,dan walaupun nanti kami tak dapat sampai destinasi seperti kamu tapi kami harap usaha kami dapat menjadi bekalan kami nanti..

Cermat kamu melemahkan ego pendosa,cepatnya urusan kamu membuat kami terus2an mahu menentang kebaikan yang kamu ajar kepada kami..

Dan akhir kata,kami memberi kemenangan kepada sang cermat..tahniah..

No comments:

Post a Comment