Sunday, December 2, 2012

Sabar dalam perubahan..

Assalamualaikum..

Sesiapa pun mahu menjadi baik,menjadi hebat dan menjadi manusia yang berjaya. Kalau hari ini kita bukan seperti yang diinginkan,maka berubahlah. Perubahan,tak mudah. Sangat sukar dan perit. Seperti mana peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah,perlukan strategi,perlukan semangat,perlukan ilmu,perlukan pengorbanan dan yang tidak kurang pentingnya kita perlukan titik permulaan. Apa guna ada keinginan mahu berubah tapi tidak tahu dimana mahu dimulakan.

Apakah tujuan mahu berubah?Sekadar mahu mendapat perhatian umum,mahu menaikkan balik nama yang dah lama sunyi atau ikhlas kerana mengharap redha dari Sang Pencipta?

Bila??Bagaimana??

Bila mahu mulakan?tunggu sudah cukup ilmu,tunggu dapat seru??Ilmu selagi hidup selagi itu harus dipelajari,sedangkan kita pasti sedar semakin banyak kita menuutut semakin banyak kebodohan kita dibongkar. Mahu tunggu seru,seru apakah itu?Bukan Nabi sudah seru 1400 tahun yang dulu,seru bagaimnakah itu..mengharap mimpi2 ngeri dibakar api seperti gambaran neraka,menunggu insan tersayang pergi baru mahu buktikan perubahan??

Bagaimana?Usah terburu2,lakukan secara peringkat2. Kerana kebiasaan akan melahirkan kekuatan tetapi paksaan melahirkan pemberontakan. Yang biasa akan akan lahirkan istiqamah kemudian keinginan menjadi lebih baik. Paksaan dan tergesa2 melahirkn ketidak ikhlasan dan kebosanan kemudian perubahan terkandas di tengah jalan.

Walau apapun tujuan dalam menjalani perubahan,pasakkanlah segala2nya kerana Allah semata-mata. Semoga perubahan yang dijalani memberi sebanyak hikamah samada untuk diri ataupun kepada manusia di sekeliling.

InsyaAllah,semoga kekuatan untuk mencari titik mula itu dapat ditemui. Nikmatilah keasyikan perubahan itu nanti,tapi andai kata kita terjerumus kembali fikirkanlah balik dari mana kita mendapatkan titik mula peubahan kita tadi.

wallahualam..