Thursday, June 20, 2013

Testing..ujian..exam..

Berat rasanya ujian itu,tapi hakikatnya mungkin ujian yang diterima oleh orang lain lagi berat. Ujian Allah kepada hambanya itu berbeza2,brgantung pada tahap imannya. Makin berat ujian,makin tinggi darjatnya. Itu hipothesis dan telah terbukti tertulis dalam Al-Quran.

Ujian itu bukan sahaja datang dalam keadaan kesusahan malah kesenangan juga adalah ujian. Ujian susah itu adalah sabar manakala ujian senang itu adalah syukur. Banyak orang yang sabar tapi tak ramai yg bersyukur.

Kadang2 masalah itu harus dikongsi dan kadang2 biar kita sendiri yang selesaikannya sendiri. Bukan semua masalah itu boleh dibantu tapi sebenarnya diri sendirilah yang harus pikir dan cari jalan penyelesaiaannya sendiri. Orang lain tak pernah berada ditempat kita,mereka ada perjalanan hidup mereka sendiri. Pengalaman mereka mungkin berbeza jadi pikiran mereka juga mungkin berbeza.

Walaubagaimanapun,sebesar mana ujian Allah bagi pada kita terimalah dengan redha. Bersangka baiklah,itu sememangnya jalan hidup kita maka bersabarlah dan teruskan kehidupan.