Sunday, December 2, 2012

Sabar dalam perubahan..

Assalamualaikum..

Sesiapa pun mahu menjadi baik,menjadi hebat dan menjadi manusia yang berjaya. Kalau hari ini kita bukan seperti yang diinginkan,maka berubahlah. Perubahan,tak mudah. Sangat sukar dan perit. Seperti mana peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah,perlukan strategi,perlukan semangat,perlukan ilmu,perlukan pengorbanan dan yang tidak kurang pentingnya kita perlukan titik permulaan. Apa guna ada keinginan mahu berubah tapi tidak tahu dimana mahu dimulakan.

Apakah tujuan mahu berubah?Sekadar mahu mendapat perhatian umum,mahu menaikkan balik nama yang dah lama sunyi atau ikhlas kerana mengharap redha dari Sang Pencipta?

Bila??Bagaimana??

Bila mahu mulakan?tunggu sudah cukup ilmu,tunggu dapat seru??Ilmu selagi hidup selagi itu harus dipelajari,sedangkan kita pasti sedar semakin banyak kita menuutut semakin banyak kebodohan kita dibongkar. Mahu tunggu seru,seru apakah itu?Bukan Nabi sudah seru 1400 tahun yang dulu,seru bagaimnakah itu..mengharap mimpi2 ngeri dibakar api seperti gambaran neraka,menunggu insan tersayang pergi baru mahu buktikan perubahan??

Bagaimana?Usah terburu2,lakukan secara peringkat2. Kerana kebiasaan akan melahirkan kekuatan tetapi paksaan melahirkan pemberontakan. Yang biasa akan akan lahirkan istiqamah kemudian keinginan menjadi lebih baik. Paksaan dan tergesa2 melahirkn ketidak ikhlasan dan kebosanan kemudian perubahan terkandas di tengah jalan.

Walau apapun tujuan dalam menjalani perubahan,pasakkanlah segala2nya kerana Allah semata-mata. Semoga perubahan yang dijalani memberi sebanyak hikamah samada untuk diri ataupun kepada manusia di sekeliling.

InsyaAllah,semoga kekuatan untuk mencari titik mula itu dapat ditemui. Nikmatilah keasyikan perubahan itu nanti,tapi andai kata kita terjerumus kembali fikirkanlah balik dari mana kita mendapatkan titik mula peubahan kita tadi.

wallahualam..

Tuesday, September 25, 2012

Doakan aku

Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tuhan yang selalu menimpakan ujian kepada setiap hambanya,yang Kau rasakan layak untuk menerimanya. Telah tertulis dalam kitab dari kalamMu, Engkau takkan menguji selain ujian itu setimpal dengan kemampuan hambamu.
Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dimana setiap ujian yang diberikan menaikkan darjat dari satu peringkat ke satu peringkt yang lebih baik.
‘’Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]’’
Tapi ya Allah,berat benar ujian yang Kau beri pada hambaMu ini,tak terjangkau kudarat mahu menanggung bebanan ini. Puas ku lari tapi cuma memenatkan diri. Puas ku cari jalan penghujungnya tapi masih belum ku temui.
Kadang-kadang terdetik dalam hati ingin aku mengundur diri dari pentas ujianMu yang berliku in tapi aku takut tiada tempat bagiku setelh aku bangkit dari dunia sementara ini.
Putus asa itu sudah ada,kekuatan itu sudah hilang,fikirn pun sudah buntu, tindakan seterusnya sudah tak menentu menandakan aku sudh hilang hala tuju. Puas ku cari ya Allah,dimana Kamu dalam hatiku. Mungkin aku telah jauh meninggalkanMu,sudah terlalu melupakanMu.
Pensyarah sudah membantu,sahabat selalu mengambil tahu tetapi yang menjadi masalahnya adalah AKU. Lelaki ini terlalu rapuh semangatnya,terlalu lemah imannya dan terlalu tinggi egonya. Entah apa yang bermain dikepala,cetek benarkah akalnya,bodoh benar setiap keputusannya.
Mungkinkah ujian ini tersangat berat untuk anak yang menjadi harapan keluarga,yang dikatakan mampu megubah nasib keluarga dan sentiasa ingin membanggakan keluargnya. Tetapi aku pernah melalui jalan yang perit juga sebelum ini,teringat di zaman menengahku,budak ini sering dibuli maklumlah kusut masai. Wang belanja hanya rm25 sebulan,memang berlapar selalu. Yuran akulah yang sering ditanya,bila mahu bayar.Malu itu semestinya. Tapi Alhamdulillah aku tetap keluar dengan keputusan yang baik.
Dimanakah kekuatan aku yang dulu??
Kesusahan dunia itu sudah cukup mentarbiah aku,tapi dimana kekuatan itu?Mungkin aku sudah ketipisan imannya,syaitan sudah mudah mendekati,pujuk rayunya menjadi nasihat peribadi.
Mungkin hanya ada satu jalan keluar,yang aku pasti inilah jalan yang terbaik. Jalan yang insyallah memberi sinar harapan baru.InsyaAllah moga Allah redha..

Friday, July 6, 2012

Hei!!Jangan mengeluh...

Mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Karna itu RASULULLAH S.A.W bersabda : "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
Dan Sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

arrow Kadang Kita mengeluh.. “tak mungkin..!”.
Allah menjawab “jika Allah menghendaki sesuatu, Allah cukup berkata ‘jadi’, maka ‘jadilah”.
(QS.Yaasin:82)

arrow Seringkali kita mengeluh…“Aku terlalu lelah..!”.
Allah pun menjawab, “Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu”.
(QS.An-naba:9)

arrow Kita pun sering mengeluh..“Aku tak mampu..!”.
Allah menjawab, “Allah tidak membebankan sesuatu pada seseorang, melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(QS.Al-baqarah:286)

arrow Sering pula kita mengeluh..“Aku stress..!!”.
Allah pun menjawab, “hanya dengan mengingat Allah, maka hati menjadi tenang.”
(QS.Ar- Ra’du:28 )

arrow Tak jarang kita menggerutu...“tak ada gunanya..!”.
Allah menjawab, “Barang siapa mengerjakan amal kebaikan seberat dzarah, niscaya ia akan melihat kebaikannya.”
(QS.Al-Zalzalah:7)

Apapun itu, sesulit dan seberat apapun, tak usah khawatir, karena Allah SWT selalu berikan solusi.
YAKINLAH Allah SWT…selalu & selalu ada untuk kita.
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Aamiin

Wednesday, January 25, 2012

DOA JODOH...

Doa bagi laki-laki yang berharap jodoh : ROBBI HABLII MIILANDUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOIHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH, artinya : Ya Robb berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu,istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat.

Doa bagi wanita yang berharap jodoh : ROBBI HABLII MIN LADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH, artinya : Ya Robb berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu,suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.

“HASBUNAWLOOH WANI-MAL WAKIIL NI’MAL MAWLA WANI’MAN NASHIIR,”..(QS 9:129).“Jika mereka berpaling (dari keimanan),maka katakanlah :Cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.”

''ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIN,”..artinya :Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu,wahai Pengasih dan Penyayang.

''ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAJINAA WADZURRIYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”..(QS ; 25:74)..“Dan orang2 yang berkata : Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”...

Aamiin ya Rabbal'alamin

Friday, January 6, 2012

MAAFKANLAH..


Aku lebih suka memaafkan. Walaupun hati aku dah banyak terasa,aku biarkan ia sakit. Aku rela hati sakit untk memaafkan kesalahan orang lain daripada hati aku sakit menyimpan dendam kesumat. Maaf adalah ubat nya hati yang sangat terluka,sedangkan dendam adalah duri yg menyebabkan hati bernanah dan busuk.

Teringat kisah seorang sahabat:

Suatu saat Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang lewat adalah sesorang badui. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badui itu lagi yang telah lewat. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat heran apa amalan dari orang ahli syurga itu. Lantas salah seorang dari sahabat membuntuti orang Badui ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badui tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badui ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badui ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badui tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”

Ia bukanlah amalan yang sukar untuk di jadikan amalan tapi kerana EGO ia menjadi sangat susah. Susahnya melawan ego,tapi ia juga ada ubatnya. Berwuduk kemudian solat dua rakaat,insyaAllah hati yang ego itu bisa dikalahkan.

Akhir kalam,kalau benarpun apa yang kita ingin sampaikan itu adalah kebenaran, sampaikanlah dengan penuh kesabaran aGAr nasihat itu mampu sampai meresap kedalam hati bukan nya menyiat2 hati sahabat kita..wallahualam