"Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai"
Friday, January 6, 2012
MAAFKANLAH..
Aku lebih suka memaafkan. Walaupun hati aku dah banyak terasa,aku biarkan ia sakit. Aku rela hati sakit untk memaafkan kesalahan orang lain daripada hati aku sakit menyimpan dendam kesumat. Maaf adalah ubat nya hati yang sangat terluka,sedangkan dendam adalah duri yg menyebabkan hati bernanah dan busuk.
Teringat kisah seorang sahabat:
Suatu saat Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang lewat adalah sesorang badui. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badui itu lagi yang telah lewat. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat heran apa amalan dari orang ahli syurga itu. Lantas salah seorang dari sahabat membuntuti orang Badui ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badui tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badui ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badui ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badui tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”
Ia bukanlah amalan yang sukar untuk di jadikan amalan tapi kerana EGO ia menjadi sangat susah. Susahnya melawan ego,tapi ia juga ada ubatnya. Berwuduk kemudian solat dua rakaat,insyaAllah hati yang ego itu bisa dikalahkan.
Akhir kalam,kalau benarpun apa yang kita ingin sampaikan itu adalah kebenaran, sampaikanlah dengan penuh kesabaran aGAr nasihat itu mampu sampai meresap kedalam hati bukan nya menyiat2 hati sahabat kita..wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
ReplyDeleteSifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan.Indahnya bila kita selalu memaafkn org..
Jazakillah.
insyaAllah,bila memaafkan hati akan tenang..syukran ada yg membaca..alhmdulillah
ReplyDelete