Thursday, February 24, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.




Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Wednesday, February 23, 2011

Hati...

Salam..

Hati..hm..tak mampu berkata apa-apa lagi. Saat ini Tuhan lebih tahu bagaimana kedudukan hati aku ini. Kau telah uji aku dengan 2 ujian yang sangat besar ya Allah.

Ku berusaha menerima hakikat ini tetapi aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu mengadu padaMU ya Allah,tiada tempat lain lagi aku mampu mengharap. Ku bangun bersujud padaMu,berhajat agar masih dibuka peluang untukku. Walaupun aku tahu,redha itu lebih baik tetapi hati ini di ajak berusaha selagi mana kau mampu.

Apa lagi yang aku mampu buat? Bagiku hanya satu iaitu bersujud berhajat meminta pertolongan dariMu.

Di saat ini, pelbagai nikmat yang Kau tarik daripdaku. Hilang nikmat selera, nikmat ingin belajar, nikmat ingin berkawan, dan banyak lagi. Aku yang sudah kurus bertambah kurus. Peperiksaan profesional 2 sudah hampir,andai aku terkandas aku mungkin melangkah pergi dari perjuangan ini. Aku sudah tak mampu melangkah seperti dulu ya Allah,aku sudah tidak mempunyai tongkat yang sering membantuku tatkala aku jatuh.

Namun selagi aku bernyawa aku akan tetap berusaha,tetapi andai nyawaku tidak lama aku berharap aku tidak mati sebagai pejuang yang tersungkur. Betulkan hatiku Ya Allah, moga satu hari nanti ada hikmah disebalik kejadian ini padaku..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, semoga aku beroleh syafaat darimu di akhirat kelak..


hati****

Thursday, February 17, 2011

Pemimpin: Kejar Dunia Hambat Akhirat

Takwa laksana mata air kebaikan. Darinya memancarkan butiran-butiran kasturi perilaku mulia, semerbak harumnya wangian, memikat mata memandang, merangsang indera penciuman dan segala kebaikan-kebaikan yang tiada tara. Tiada kemuliaan tanpa taqwa, tiada harkat dan martanat hakiki selain yang disandang para muttaqin. Allah hanya menyediakan syurga nan mempesona bagi orang-orang yang bertaqwa. Pantaslah kalau takwa dijadikan bekal mulia dalam kehidupan dunia fana demi menggapai kehidupan akhirat yang bahagia. Lain taqwa lain halnya dengan kedermawaan, yang menjadi ciri pemimpin kehidupan dunia. Betapa mulia sifat ini, dia rela mengorbankan kebutuhan diri demi kebahagiaan orang lain. Apalah erti kekayaan kalau hati kikir? Apa erti kemegahan kalau manusia tak sudi mamandang?

Aduh, alangkah beruntungnya insan yang dapat menyandingkan takwa dan kedermawanan dalam bingkai mahligai kehidupan? Di dunia mulia dan di akhirat bahagia. Inilah kemuliaan dan kebahagiaan hakiki.



Dalam pemilihan pemimpin kita sering tertipu. Kita tertipu dengan gula-gula kebebasan yang mereka janjikan. Kebebasan dalam segala segi sehingga kebebasan yang melebihi batas. Ya, sesiapapun mahukan dan idamkan kebebasan. Sudah pasti tidak ramai yang mahu hidup selalu dikongkong. Tetapi fikir sejenak,andaikan satu perlawanan bola sepak yang tiada pengadil dan penjaga garisan. Pemain kedua-dua belah pasukan bebas membuat apa sahaja termasuk menyiku, membentes, bergaduh dan macam-macam lagi. Dan di akhir perlawanan walau apa pun keputusan pasti ada yang tidak berpuas hati. Sehingga terbawa-bawa ke luar permainan. Perlawanan yang kita sangka sangat menghiburkan tiba-tiba berakhir dengan dendam dan tidak puas hati. Jadi kita lihat,kebebasan jika tidak ditetapkan garis panduan tertentu pasti pengakhirannya huru-hara. Tiada lagi ketenangan,malah akan lahir generasi yang suka pijak memijak,pendendam, tidak amanah atau sifirnya yang paling mudah ialah kita bakal kembali ke zaman jahiliyah.



Tiada guna kebebasan,tiada guna pembangunan,tiada guna kemajuan, tiada guna pendidikan andai hidup menjadi hamba dunia. Apa dikejar dunia yang sementara sedangkan akhirat adalah penempatan yang selamanya. Akhir kata, andai kita benar fahami hidup ini atas nama persinggahan mencari bekalan akhirat pasti kita tahu siapa pemimpin yang perlu kita pilih. Ingat siapa yang kita pilih akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

p/s: stress exam masih xhilang lagi,kali ni tak perform dengan baik. Apa2 pun, redha dengan keputusan nnt. "Hidup Untuk Bersedia"

Monday, February 7, 2011

Kiamat sudah dekat??



Assalamualikum kepada yang sudi membaca..

Apa khabar iman sahabat2ku sekalian?menaikkah atau menurun atau masih sama seperti hari semalam? Apa pun kedudukannya,perbaharuilah iman agar sentiasa segar mengingati dan menjadi pembenteng nafsu yang buas.

Pilihan raya kampus(prk) bukan pilihan raya kecil di Dun Merlimau maksud saya tetapi yang lebih dekat pada kita. Siapakah pilihan kita "pencari redha manusia" atau "pencari redha Tuhan"?Pilihan terletak di tangan sahabt sekalian. Istikharahlah,dan pilihlah yang mana mampu memimpin anda serta menarik anda ke titian redha Allah. Ingat UNDIAN ITU ADALAH IBADAH.

Bisik-bisik serta cakap-cakap apabila dekatnya PRK ini adalah 'aku x minat politik,kotorlah'. Mengapa dibusukkan politik itu oleh sebab anda hanya dengar-dengar dari sumber yang suka menabur fitnah. Politiklah cara perjuangan Rasulullah ingin memperluaskah dakwah baginda. Setiap perbuatan Rasulullah adalah sunah,adakah kita dalam golongan menolak sunah? Fikir dan fikir..




Sudah hal PRK,rasa teringin berbicara tentang krisis d Mesir,bumi kelahiran tokoh2 ulama tersohor Islam. Keadaan semakin meruncing dan Presiden Mesir Hosni Mubarak nampak semakin terdesak mengharap bantuan sekutu busuknya Israel dan Amerika. Sehinggakan Israel sanggup menyediakan bantuan peralatan peperangan kepada kerajaan mesir bagi membunuh syuhada islam yang terus memberontak. Mengapa israel terlalu baik?mestilah kerana apabila Mesir dikuasai oleh IKHWANUL MUSLIMIN yang diasaskan oleh syahid Hassan Al Banna kedudukan mereka bakal seperti telur di hujung tanduk. Apabila terbukanya laluan bantuan ke Palestin bumi berdarah melalui Mesir jiran terdekatnya,kerakusan Israel bakal lenyap. Kebangkitan Islam bermula,saat ini saya terfikir sejenak..Adakah ini petanda kiamat yang sudah semakin hampir??

Tak mahu mengulas panjang kerana takut tersalah tafsir atau informasi keadaan sebenar mengenai pergolakan di sana. Apa pun mari kita doakan peralihan segera agar konflik ini berakhir dan juga keselamatan sahabat2 kita yang memburu ilmu disana.

p/s: ramai bercerita pasal kahwin tapi xnampak sorang pun yang kawen. Sebenarnya satu nikmat berangan2 pasal kawen tetapi bakal melalaikan kita. Ingat zina hati. Tundukkan pandangan,jaga penglihatan,jiwa bakal suci,hati bakal tenang..insyaAllah